Headlines News :
Home » » MAHU PILIHANRAYA PBT SERLAHKAN DAP TAMAK KUASA - @dzainalabidin

MAHU PILIHANRAYA PBT SERLAHKAN DAP TAMAK KUASA - @dzainalabidin




BUKIT MERTAJAM, 25 Jan– UMNO Pulau Pinang menyifatkan tindakan kerajaan negeri yang mahu melaksanakan pilihan raya Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di negeri ini sebagai sikap tamak kuasa.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang Datuk Zainal Abidin Osman berkata cadangan kerajaan negeri pimpinan Ketua Menteri Lim Guan Eng yang mahu pilihan raya itu diadakan juga membuktikan mereka mahu memegang kuasa pentadbiran di peringkat ketiga.

“Hakikatnya pilihan raya PBT memang tidak sesuai diadakan kerana ia mampu menimbulkan pergolakan kuasa dalam pentadbiran dalaman. Apabila kita mendedahkan PBT kepada hal ehwal politik, kita juga sebenarnya menggadaikan masa depan pengurusan pentadbiran negeri.

“Selepas ini, beribu-ribu orang hanya pandai berpolitik tetapi tidak boleh buat kerja,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Keluargaku Ahli UMNO dan Daftar Pemilih, di bangunan Tranformasi UMNO Permatang Pauh, di sini hari ini.

Turut hadir Setiausaha UMNO negeri Datuk Musa Sheikh Fadzir dan Ketua UMNO Bahagian Permatang Pauh Datuk Mohd Zaidi Mohd Said.

Isu pilihan raya PBT menjadi polemik hangat apabila DAP ingin melaksanakan cadangan itu di Pulau Pinang selepas ia dimansuhkan kerajaan pusat pada 1976.

Bagaimanapun, ia ditentang pelbagai pihak termasuk rakan sekutunya, PAS, yang mendakwa pelaksanaan pilihan raya PBT itu akan mencetuskan insiden rusuhan kaum seperti peristiwa 13 Mei 1969.
Share this post :

Post a Comment

 

Copyright © 2012. MyPenangOnline - All Rights Reserved

Proudly powered by Blogger