Ketuanya, Khairy Jamaluddin berkata bagi tahun 2014, kedudukan semasa keanggotaan pergerakan itu ialah 633,244 orang.
"Tahun 2015 ini adalah tahun penambahan anggota bagi Pemuda yang mana kita akan gerakkan jentera kita di peringkat bahagian dan juga di peringkat cawangan untuk kita mengadakan penambahan anggota secara besar-besaran pada tahun ini.
"Saya telah cadangkan dan exco telah lulus supaya kita letakkan sasaran 700,000 sebagai jumlah anggota pergerakan Pemuda untuk tahun ini, maksudnya kita kena tambah lebih daripada 70,000 orang," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Khas Exco Pergerakan Pemuda UMNO yang pertama bagi tahun 2015, di sini, hari ini.
Khairy yang juga Menteri Belia dan Sukan berkata, Pemuda perlu lebih agresif menambah anggota memandangkan pergerakan itu kehilangan sekurang-kurangnya 10 peratus keanggotaan setiap tahun atas faktor usia anggota yang mencecah 40 tahun. - BERNAMA
Post a Comment