Headlines News :
Home » » MP BALIK PULAU KESAL KERAJAAN PP BERI BANTUAN SECARA SELEKTIF

MP BALIK PULAU KESAL KERAJAAN PP BERI BANTUAN SECARA SELEKTIF



BALIK PULAU - Umno Pulau Pinang hari ini membidas tindakan kerajaan pimpinan DAP negeri yang kononnya memberikan bantuan secara selektif kepada mangsa ribut di sini.
 
Ketua Umno Bahagian Balik Pulau, Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya berkata, beliau difahamkan kerajaan negeri hanya memberikan sumbangan wang tunai RM200 kepada setiap 200 mangsa yang terbabit dalam kejadian ribut Isnin lepas.

"Saya berasa kesal dengan tindakan kerajaan negeri yang memilih mangsa untuk memberi bantuan kerana perkara ini akan mendatangkan masalah kerana perbuatan itu tidak adil kepada mangsa yang tidak mendapat bantuan tersebut," katanya kepada pemberita sebelum melawat kawasan kampung yang dilanda ribut, di sini, hari ini.


Katanya, bantuan harus diberikan kepada semua mangsa dan jangan ada yang tertinggal supaya ia akan dilihat sebagai bantuan  yang adil.

"Umno tidak selektif dalam memberi bantuan malah rumah penyokong pembangkang juga kita baiki," katanya.

Beliau berkata sebuah badan pertubuhan amal, Tzu-Chi, turut memberikan bantuan kepada mangsa ribut tetapi hanya untuk lebih kurang 42 mangsa di Kampung Sungai Rusa, di sini.
Sementara itu, Dr Hilmi, yang juga Timbalan Menteri Kesihatan, berkata beliau telah mengenal pasti kos RM2.7 juta untuk membaiki rumah-rumah yang rosak.

Katanya, kerja-kerja membaiki kerosakkan rumah telah dibahagikan kepada tiga tahap mengikut tahap kerosakan iaitu kritikal  yang mendapat bantuan daripada RM5,001 kepada RM10,000, Sederhana (RM1,500-RM5, 000) dan Ringan (kurang RM1,499).

"Kerja-kerja membaik pulih rumah telah diurus oleh JKKKP (Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan) dan ICU (Unit Penyelarasan Pelaksanaan) sebagai badan penilai menggunakan dana Parlimen Balik Pulau," katanya. - Bernama



Share this post :

Post a Comment

 

Copyright © 2012. MyPenangOnline - All Rights Reserved

Proudly powered by Blogger