BUKIT BENDERA – Ketua Pemuda UMNO Pulau Pinang, Rafizal Abdul Rahim mendesak Kerajaan Negeri Pulau Pinang menjelaskan kepada rakyat kaedah yang digunakan di dalam pemberian tender kepada syarikat Ewein Berhad bagi menguruskan tempat pelancongan Fort Cornwallis.
Tegas beliau, sepatutnya syarikat yang bakal dilantik haruslah dipilih melalui tender terbuka. “Kerana itulah saya mahu kerajaan negeri memberi penjelasan kerana ini melibatkan rakyat.
“Dahulu tempat pelancongan ini boleh dikunjungi tanpa sebarang bayaran tetapi kini pengunjung terpaksa membayar sekiranya mengunjungi kota Fort Cornwallis. Syarikat tersebut diberikan hak untuk mengutip bayaran masuk, bayaran letak kenderaan dan bayaran sewa pusat penjaja bagi menampung bayaran sebanyak RM30,000 sebulan yang kepada kerajaan negeri.
“Adakah ini cara kerajaan negeri pimpinan Dap membayar kepercayaan rakyat kepada mereka? Dahulu mereka sering menyebut untuk membela nasib rakyat. Sering menyalahkan dan menuduh kerajaan pusat pimpinan Barisan Nasional (BN) tidak menjaga kebajikan rakyat. Tetapi kini terbukti mereka hanya pandai menanam tebu di tepi bibir…. Rakyat sudah kena tipu,” ujarnya kepada UMNO-Online.
Selain itu tambah Rafizal, kerajaan negeri juga perlu menjelaskan kepada rakyat mengapa surcaj air dinaikkan sedangkan Perbadanan Aset Air Berhad (PAAB) telah mengambil alih hutang kerajaan negeri kepada kerajaan persekutuan sebanyak RM655 juta dan kerajaan negeri Pulau Pinang menyerahkan pula semua aset air milik negeri kepada PAAB selama 45 tahun.
“Tahun 2010, kerajaan negeri Pulau Pinang memperkenalkan surcaj pada kadar 24 sen setiap 1,000 liter penggunaan domestik melebihi 35,000 liter sebulan. Alasan yang beri kononnya bertujuan untuk mengurangkan kadar penggunaan domestik air per kapita sehari yang melebihi purata nasional.
“ Pada November 2013 menyaksikan pula kerajaan negeri Pulau Pinang menaikkan kadar surcaj sebanyak 100 peratus, dari 24 sen ke 48 sen setiap 1000 liter atas alasan kenaikan surcaj awal gagal mengurangkan kadar penggunaan air per kapita Pulau Pinang malah penggunaan per kapita terus meningkat.
“Pada pendapat saya, kenaikan demi kenaikan yang dikenakan rakyat sebenarnya adalah perancangan Dap untuk melaksanakan Pilihan raya Pihak Berkuasa Tempatan (PBT),” katanya.
Ujar Rafizal, adakah kerajaan Dap tidak kasihan kepada rakyat yang semakin terhimpit atas kenaikan demi kenaikan yang dikenakan ini. Di manakah janji Dap yang mahu membela nasib dan mengurangkan beban rakyat.
“Jika inilah cara Dap mentadbir negeri, maka tidak mustahil rakyat golongan pertengahan dan rendah akan terus hilang dari negeri ini. Maka tinggallah mereka yang bergolongan atasan sekaligus menyaksikan negeri ini hanya untuk golongan elit,” jelasnya lagi.
Apakah Kewujudan Jho Low Sudah Di Anggap Hearsay?
-
Apakah Kewujudan Jho Low Sudah Di Anggap Hearsay? Menteri Dalam Negeri,
Saifuddin Nasution pernah berkata, kerajaan yang ada sekarang tidak lagi
fokus ...
1 day ago
+ comments + 2 comments
Tak guna cerita, yang sokong dap tu melayu juga padan muka melayu pulau pinang mana pemimpin pkr dan pas. Mereka tak berani bersuara semua takut dengan lim guan eng, itu baru permulaan permainan rembat dari dap tunggu lah sikit masa lagi jahanam semua melayu pulau pinang terutama golongan meskin dan sederhana
Melayu muslim keseluruhannya..tak kira pas/umno..mamak..banjar..termasuklah bumiputera, mualaf dan kaum India sama2 menyekat ketamakkan regim Cina Komunis dap ni dari terus angkuh bermaharajalela...jika tidak disekat, mahunya melayu mamak kaum india dan golongan-golongan cina paria Penang di'hanyut'kan ke laut oleh guan eng...
DAP adalah musuh kepada Islam..musuh pada Melayu..musuh pada kelebihan yang ada pada bumiputera..dap memperhambakan kaum india...dap taburkan fahaman anti kerajaan dan melayu pada kaum cina...
DAP adalah musuh masyarakat dan dap musuh kita SEMUA...tiada lagi simpati untuk dap...
Post a Comment