Headlines News :
Home » » RASIONALIASI SUBSIDI : EXCO PEMUDA UMNO DESAK KERAJAAN KAWAL KENAIKAN HARGA BARANG

RASIONALIASI SUBSIDI : EXCO PEMUDA UMNO DESAK KERAJAAN KAWAL KENAIKAN HARGA BARANG




KUALA LUMPUR, 2 Okt – Pengumuman rasionalisasi subsidi oleh kerajaan semalam mengundang perasaan kurang senang oleh rakyat lebih-lebih lagi ianya berkaitan dengan kenaikan harga minyak.
Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Nazir Hussin Akhtar Hussin menyifatkan harga minyak dan diesel merupakan perkara yang cukup sensitif kepada rakyat negara ini memandangkan implikasi lain yang wujud disebabkan kenaikan tersebut.
“Kita percaya bahawa penyusunan semula subsidi untuk bahan bakar tersebut amat diperlukan memandangkan bebanan tanggungan subsidi yang tinggi oleh kerajaan dianggarkan RM21 Bilion.
“Rakyat tidak melihat kenaikan harga petrol sebanyak RM2.10 kepada RM2.30 sebagai satu bebanan tunggal tetapi akan ada pihak lain yang mengambil kesempatan untuk menjadikan kenaikan ini sebagai alasan menaikkan harga barang keperluan,” ujarnya yang juga Pengerusi Biro Hal Ehwal Bandar Dan Perumahan Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia.
Sehubungan dengan itu, jelas beliau Pemuda UMNO minta agar pihak kerajaan dapat memastikan supaya rasionalisasi subsidi ini tidak menjadi penyebab utama kepada kenaikan harga barang atau perkhidmatan yang sekiranya belaku akan mengundang perasaan kurang senang rakyat terhadap kerajaan.
“Kerajaan juga perlu memperhalusi serta mencari kaedah terbaik agar subsidi-subsidi yang diperuntukkan dirasai oleh golongan sasar.
“Saya juga berharap dengan tindakan kerajaan ini sebagai langkah penjimatan dapat diberikan dalam bentuk lain kepada rakyat dalam pembentangan bajet 2015 yang akan datang.
“Rakyat pastinya menanti inisiatif baru kerajaan dalam membela kebajikan khususnya kepada mereka secara langsung. Semoga Bajet 2015 menjadi bajet yang mesra rakyat,” ujarnya dalam satu kenyataan. – MediaUMNO
Share this post :

Post a Comment

 

Copyright © 2012. MyPenangOnline - All Rights Reserved

Proudly powered by Blogger