Headlines News :
Home » » UMNO PMTG PAUH HULUR SUMBANGAN KELUARGA KEHILANGAN 2 ANAK MAUT LEMAS

UMNO PMTG PAUH HULUR SUMBANGAN KELUARGA KEHILANGAN 2 ANAK MAUT LEMAS





PERMATANG PAUH - Aidiladha tahun ini tidak bermakna buat pasangan Rahizal Md Lazin, 37, dan Anisatunnajah Mohd Esa, 34, apabila kehilangan dua anaknya serentak yang maut lemas petang semalam.

Mangsa, Muhammad Shazriel Naufal Rahizal, tiga tahun dan adiknya, Nur Shazreen, setahun apabila terjatuh dalam lubang yang dikorek pemaju perumahan berhampiran rumah mereka di Kampung Pelet, Kubang Semang, Bukit Mertajam.

Difahamkan pemaju mengorek lubang berkenaan bagi kegunaan projek mereka, bagaimanapun sebaik selesai mengorek beberapa lubang hujan lebat turun.

Air hujan kemudiannya memenuhi permukaan lubang itu hingga tidak dapat dipastikan lokasi sebenar kerja pengorekan pemaju.

Ketika itulah tanpa disedari kedua-dua kanak-kanak berkenaan jatuh dalam lubang itu.

Kehilangan dua beradik itu disedari ahli keluarganya selepas 20 minit kejadian.





Dalam pada itu, Ketua Umno Permatang Pauh, Mohd Zaidi Mohd Said menyampaikan sumbangan dan Umno Bahagian akan mengadakan majlis tahlil kepada kedua arwah.

"Sekurang-kurangnya bantuan ini dapat mengurangkan bebanan arwah yang ditimpa ujian yang sangat besar ini.

"Saya menasihatkan kedua ibu bapa ini tabah hadapi ujian ALLAH ini di saat orang lain menyambut Aidiladha hari ini, " katanya kepada Sinar Harian.

Katanya, walaupun sedang hadapi saat sukat ini, ibu bapa mangsa perlu tabah Insha-ALLAH ada hikmah disebalik semua yang terjadi.

"Saya berharap Majlis Perbandaran Seberang Perai memastikan setiap pembinaan diluluskan dan mengikut piawaian yang ditetapkan.

"Ini penting bagi mengelakkan kejadian sama berulang dan keselamatan orang awam diutamakan," katanya.
Share this post :

Post a Comment

 

Copyright © 2012. MyPenangOnline - All Rights Reserved

Proudly powered by Blogger