Headlines News :
Home » » TELUK KUMBAR DAPAT MASJID BARU DIBIAYAI HASIL PERUNTUKKAN KERAJAAN PERSEKUTUAN

TELUK KUMBAR DAPAT MASJID BARU DIBIAYAI HASIL PERUNTUKKAN KERAJAAN PERSEKUTUAN




BAYAN LEPAS 18 Sept. - Sambutan Hari Raya Aidiladha tahun ini lebih bermakna buat kariah Teluk Kumbar di sini, apabila masjid baharu di Kampung Masjid siap dibina dan sedia untuk digunakan.

Masjid Makbul yang dibina dengan kos RM5 juta tersebut bagi menggantikan masjid lama yang dibina pada tahun 1915 dan tidak lagi mampu menampung bilangan jemaah yang semakin meningkat.

Masjid baharu itu mampu memuatkan 1,200 jemaah pada satu-satu masa berbanding 800 jemaah sebelum ini.
Menurut Timbalan Pengerusi masjid itu, Suhaimi Md. Isa, mereka menunggu hampir 12 tahun untuk mendapatkan masjid baharu itu.

"Pada tahun ini buat pertama kalinya kami akan menyambut Hari Raya Aidiladha di masjid baharu ini yang diluluskan pembinaannya oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 2012.

"Dengan adanya masjid baharu ini, solat jemaah, Jumaat dan sunat hari raya dapat dibuat dengan lebih selesa berbanding sebelum ini yang terpaksa bersesak-sesak dan jemaah melimpah sehingga ke luar masjid," katanya kepada pemberita di sini semalam.

Terdahulu, beliau menerima surat penyerahan projek siap daripada Pegawai Pembangunan Negeri, Syed Shaari Syed Abdullah.

Majlis perasmian masjid itu akan disempurnakan Yang Dipertua Negeri Tun Abdul Rahman Abbas esok.

Sementara itu, Syed Shaari berkata, 70 peratus daripada pembinaan masjid itu dibiayai Kerajaan Persekutuan manakala bakinya ditanggung Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang.

Jelasnya, masjid itu siap pembinaannya dalam tempoh ditetapkan tanpa sebarang penangguhan masa dikenakan terhadap kontraktor.

"Sebanyak 13 masjid telah dibina melalui peruntukan kerajaan Pusat sejak 2008 dan masjid ini menjadi masjid keempat yang berjaya diserahkan pada tahun ini.

"Ada dua lagi masjid iaitu Masjid Timah di Seberang Jaya dan Masjid Penaga kini dalam pembinaan dan dijangka siap dalam tempoh 18 bulan," katanya.


Share this post :

Post a Comment

 

Copyright © 2012. MyPenangOnline - All Rights Reserved

Proudly powered by Blogger