Headlines News :
Home » » PEMUDA MIC SEDIA TERIMA PEMOHONAN MAAF SHAHUL HAMID

PEMUDA MIC SEDIA TERIMA PEMOHONAN MAAF SHAHUL HAMID



Pemuda MIC hari ini menyatakan kesediaan menerima permohonan maaf penceramah bebas Shahul Hamid Seeni Mohd berhubung kenyataan dalam ceramahnya yang menyinggung perasaan kaum India baru-baru ini.
    
Ketuanya C Sivarraajh berkata bagaimanapun pihaknya tetap mahu proses undang-undang terhadap Shahul Hamid diteruskan mengikut budi bicara polis bagi memberi pengajaran kepada masyarakat.
    
"Kami sedia bekerjasama dan berkongsi fikiran dengan polis dalam usaha menangani insiden seumpama itu daripada berulang," katanya kepada pemberita selepas pertemuan tertutup dengan Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang Datuk A Thaiveegan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pulau Pinang hari ini.
    
Sivarraajh meminta masyarakat supaya tidak sesuka hati mengkritik berkenaan isu sensitif dan kepercayaan agama masyarakat berbilang kaum di negara ini.
    
Shahul Hamid ditahan mengikut Seksyen 4(1)(c) Akta Hasutan di Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Tengah pada 31 Julai lepas dan dibebaskan dengan jaminan polis.
    
Penceramah bebas itu kemudian memohon maaf secara terbuka kepada kaum India pada hari yang sama dan berharap semua laporan polis terhadapnya ditarik balik.
    
-Bernama
 
Share this post :

Post a Comment

 

Copyright © 2012. MyPenangOnline - All Rights Reserved

Proudly powered by Blogger