Headlines News :
Home » » KERAJAAN DAP TUDUH UMNO JUAL TANAH PENSWASTAAN TUDM ADALAH FITNAH - SHAHBUDIN

KERAJAAN DAP TUDUH UMNO JUAL TANAH PENSWASTAAN TUDM ADALAH FITNAH - SHAHBUDIN




YB Dato Shabudin Yahya Ahli Parlimen Tasek Gelugor mewakili semua Adun dalam Parlimen Tasek Gelugor dalam sidang medianya hari ini membuat penafian keras terhadap tuduhan pemimpin kerajaan DAP negeri Pulau Pinang berkaitan tanah TUDM di Butterworth.

Beliau juga menafikan bahawa Adun-adun di Tasek Gelugor terlibat dalam penyelewengan tanah berkenaan yang didakwa dijual kepada kroni.

Shabudin menyifatkan kenyataan yang disebarkan oleh Dr Afif itu adalah amat tidak wajar dan amat tidak bertanggung jawab. Ia juga mencemarkan imej serta integriti Adun Umno di Tasek Gelugor.


Adun Seberang Jaya tersebut juga terbukti membuat persepsi jahat dengan tujuan supaya rakyat membenci semua pemimpin Barisan Nasional khususnya Umno.

Ahli Parllimen Tasek Gelugor berkenaan tampil mencabar Dr Afif supaya membuktikan dakwaan beliau dan mendedahkan bukti berkenaan kepada rakyat jika ada.

Sebelum ini Ketua Pembangkang Dun P.Pinang, Dato Jahara Bt Hamid mewakili semua Adun Barisan Nasional negeri membantah cadangan pembangunan tapak TUDM Butterworth diatas alasan bahawa pemimpin Umno/BN lebih mementingkan kehendak rakyat negeri P.Pinang.

Ketua Pembangkang berkenaan menyifatkan pembangunan tapak TUDM di Butterworth akan menyebabkan kesan kependudukan yang besar dan menjejaskan kawasan persekitaran Kadun Telok Air Tawar dan kawasan Parlimen Tasek Gelugor.

Selain itu, Jahara juga mendakwa penukaran tanah TUDM di Butterworth dengan tapak di Ara Kuda milik PERDA adalah tidak wajar dilakukan oleh pihak kerajaan Pusat. Ini kerana kawasan berkenaan telah dirancang untuk pembangunan rumah kos rendah serta rumah mampu milik untuk rakyat.

Menurut Jahara, pihak pengurusan PERDA sendiri telah menolak cadangan kerajaan untuk mengambil tanah tersebut sebagai "land swap" bagi tujuan pemindahan tapak TUDM di Butterworth.- UTARANEWS-
Share this post :

Post a Comment

 

Copyright © 2012. MyPenangOnline - All Rights Reserved

Proudly powered by Blogger