Home »
Berita P.Pinang
» PRK BUKIT GELUGOR : 12 MEI PENAMAAN CALON & 25 MEI HARI PENGUNDIAN - SPR
PUTRAJAYA - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 25 Mei ini sebagai tarikh pilihan raya kecil (PRK) bagi Parlimen Bukit Gelugor.Perkara itu diumumkan oleh Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof dalam satu sidang media yang diadakan selepas selesai mesyuarat khas di ibu pejabat SPR di sini, hari ini."SPR telah menetapkan 12 Mei ini sebagai tarikh penamaan calon bagi PRK Bukit Gelugor."Sementara pengundian awal 21 Mei 2014 dan undian biasa pada 25 Mei 2014," katanya kepada pemberita.Menurutnya, tarikh tersebut dipilih setelah mengambil kira semua aspek termasuk perayaan dan sidang Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang.Abdul Aziz berkata, PRK kali ini menelan kos yang agak besar ekoran kawasan tersebut mempunyai 21 Dun."Kos PRK agak tinggi kerana kawasannya yang besar. Anggaran kos perbelanjaan bagi menjalankan PRK ini adalah sebanyak RM 1,979,480," katanya.Daftar Pemilih Induk (DPI) mengandungi 82,431 pemilih berdaftar yang terdiri daripada 82,255 pengundi biasa, 148 pengundi awal dan 28 pengundi tidak hadir luar negara.Sebanyak 21 pusat mengundi akan dibuka bagi tujuan pengundian tersebut dan 1,095 petugas pilihan raya akan dilantik untuk pengendalian proses pilihan raya ini.PRK itu diadakan berikutan kematian penyandangnya Karpal Singh, 74, dalam kemalangan jalan raya membabitkan kenderaan MPV yang dinaikinya dan sebuah lori di Lebuhraya Utara-Selatan berhampiran Gua Tempurung di Perak pada 17 April lalu.
Post a Comment