Headlines News :
Home » » ADUN UMNO P.PINANG BANTAH PINDAH TUDM BUTTERWORTH

ADUN UMNO P.PINANG BANTAH PINDAH TUDM BUTTERWORTH



Ketua pembangkang, Datuk Jahara Hamid bersama  kesemua 10 wakil BN membantah cadangan pemindahan tersebut, yang akan menjadikan pangkalan 407 hektar tersebut sebuah "pusat seni dan riadah".
Wakil rakyat Umno akan bertemu presiden parti mereka, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pada 14 April untuk membentangkan kes tersebut.
"Kami sudah pun membuat temu janji untuk berjumpa. Kami akan menunggu jawapan kerajaan Persekutuan, tetapi semestinya kami akan membantah projek ini habis-habisan."
Beliau berkata adalah tidak wajar untuk memindahkan pangkalan ke Ara Kuda yang berdekatan dengan batasan Pulau Pinang-Kedah kira-kira 20 kilometer dari lokasinya kini di Butterworth.
Pemindahan ini bukanlah sesuatu yang mengejutkan.
Jahara hari ini berkata lokasi baru untuk pangkalan tersebut milik agensi persekutuan, iaitu Lembaga Pembangunan Wilayah Pulau Pinang (Perda).


Beliau berkata Perda sudah pun memperuntukkan tanah tersebut untuk pembangunan kediaman berkos rendah yang sepatutnya sebahagian daripada 20,000 perumahan yang dijanjikan kerajaan Pulau Pinang oleh Putrajaya pada Disember 2012, enam bulan sebelum Pilihan Raya Umum 2013.
Tanah Ara Kuda yang dimiliki Perda itu berukuran 809 hektar. Kebanyakannya digunakan untuk kegunaan pertanian, termasuk sebuah taman makanan, manakala sebanyak 162 hektar diperuntukkan untuk projek kediaman berkos rendah.
Jahara berkata lembaga pengarah Perda menolak sebarang cadangan untuk tanah di Ara Kuda dijual dalam perjanjian “tukar tanah” yang berkaitan dengan pangkalan tentera udara itu.
"Pelan pembinaan semula itu, termasuk pertukaran tanah, disahkan oleh Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein di Parlimen pada 18 Mac.
Timbalan Menteri Pertahanan Datuk Abdul Rahim Bakri juga berkata dalam Parlimen bahawa pangkalan tersebut akan dipindahkan ke kawasan pedalaman Ara Kuda.
"Kami membantah cadangan projek ini untuk beberapa sebab, selain daripada tanah ini memang peruntukkan Perda untuk membina perumahan berkos rendah," katanya di sidang media hari ini.
Wakil BN pula mengatakan tiada justifikasi untuk pemindahan tersebut, baik daripada segi keperluan tentera mahupun keselamatan.
Lokasinya kini berdekatan dengan laut, lebih strategik dan sesuai untuk tentera udara, berbanding dengan kawasan yang dicadangkan.
Pembinaan semula pangkalan udara tersebut akan memberi kesan besar ke atas penduduk dan memberi impak kepada geopolitik Teluk Air Tawar, kata Jahara.
"Rakyat tidak akan mendapat manfaat daripada pembinaan semula pangkalan itu. Projek ini dijangkakan untuk menjadi pembinaan-campuran yang bertujuan membuat keuntungan, memandangkan kos tinggi para pemaju perlu tampung dalam pemindahan dan pembinaan semula pangkalan TUDM itu.
"Rakyat biasa Pulau Pinang besar kemungkinan tidak akan dapat mampu membeli sebarang unit di sana," katanya, menambah bahawa kawasan berdekatan dengan simpanan peluru sudahpun diklasifikasikan sebagai zon sekuriti, yang akan menghalang apa-apa pembinaan.
"Kawasan perumahan yang sedia ada berdekatan dengan pangkalan adalah diluluskan oleh Majlis Perbandaran Seberang Prai dengan kebenaran TUDM.
Jahara yang merupakan ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Teluk Air Tawar berkata pada masa kini tiada sebarang masalah di pangkalan selain kawasan rumah setinggan di Kampung Paya Terbakar berdekatan dengan landasan kapal terbang.
"Usaha sudah dijalankan antara kerajaan negeri dan menteri pertahanan untuk menempatkan semula penduduk setinggan di bawah Pelan Malaysia ke 9 dan ke-10. Peruntukan untuk tujuan ini sudah diketepikan pada 2008 tetapi penempatan semula penduduk setinggan ditangguhkan."
Jahara berkata, terdapat juga hal yang tidak selesai di pangkalan udara itu. Plot 34.8 hektar di pangkalan tersebut diswastakan pada 1996 dan sebuah syarikat bernama Blue Wagon Sdn Bhd yang akan dibina kuarters bagi anggota pangkalan udara dan pembangunan bercampur yang akan menempatkan 50 keluarga setinggan.
"Kuarters tersebut dibina tetapi pembangunan bercampur tidak. Hingga sekarang, 35 keluarga masih lagi tinggal dalam rumah kontena di tapak projek tersebut manakala yang lain sedang menyewa di tempat lain."
Jahara berkata pembangunan yang ditangguh untuk 18 tahun itu menunjukkan Kementerian Pertahanan tidak dapat mengawal pembangunan di tanah swasta.
"Ia tidak dapat mengawal tanah 34 hektar, dan sekarang kita sedang bercakap tentang menswastakan lebih daripada 407 hektar tanah.
"Jika pangkalan TUDM tidak dapat dibangunkan sepenuhnya, kami cadangkan kerajaan Persekutuan pindahkan Pertahanan dan Keselamatan Taman Teknologi Malaysia dari Sungkai, Perak, ke Butterworth.
"Kita sudahpun ada infrastruktur. Kenapa tidak naikkan tarafnya dan jadikannya yang terbaik di daerah?"
Adun Pulau Betong, Mohamad Farid Saad menggesa Putrajaya menimbang kepentingan mempertahankan manfaat rakyat dan syarikat yang mencari keuntungan.
Adun Sungai Dua, Muhammad Yusoff Mohd Noor pula berkata sebarang pembinaan semula pangkalan tersebut akan memberi kesan kepada hidup penduduk.
Bulan lepas, pengerusi Jawatankuasa Perhubungan Umno Pulau Pinang Datuk Zainal Abidin Osman berkata partinya membantah pelan cadangan tersebut dan mendakwa tidak seorang daripada wakilnya diberitahu tentangnya.
"Kami sudah mempertimbangkan pelan pembinaan semula daripada pelbagai aspek dan membuat kesimpulan ia tidak akan memanfaatkan Pulau Pinang."
Cadangan penempatan semula dan pembinaan semula pangkalan TUDM akan dikendalikan oleh TSR Capital Berhad, yang merupakan kongsi dengan Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) dan Pembinaan Bukit Timah Sdn Bhd.
TSR akan memegang saham 51% manakala LTAT dan Bukit Timah akan memegang 30% dan 19% selebihnya.
Dalam pengumumannya di Bursa Saham, TSR mengatakan Putrajaya akan membayar syarikat tersebut melalui pertukaran tanah pada nilai pasaran semasa plot kerajaan.
Akaun Kumpulan Kewangan TSR Ng Kim Keong dilaporkan pada Februari mengatakan pembangunan yang dicadangkan akan berlanjutan untuk sedekad, dibahagikan kepada enam fasa yang bernilai RM500 milion setiap satu.
TSR mulanya perlu mengambil tanah tersebut untuk pemindahan pangkalan baru, yang mungkin akan memakan belanja RM3 bilion, termasuk kos tanah.
Ng dipetik dalam laporan berkata "Ia mungkin lebih murah memandangkan kita sedang mencari tanah yang jauh dari bandar."
Pangkalan tersebut kini di tanah berhadapan dengan laut, bertentangan dengan Pulau Pinang dan kira-kira 8 kilometer daripada Butterworth.
Perjanjian cadangan tersebut masih di dalam tahap perundingan dan hanya akan ditandatangani tahun hadapan. Selepas perjanjian tersebut ditandatangani, TSR akan mengambil masa empat hingga lima tahun untuk membina pangkalan baru TUDM itu. – 5 April, 2014.
Share this post :

Post a Comment

 

Copyright © 2012. MyPenangOnline - All Rights Reserved

Proudly powered by Blogger