Headlines News :
Home » » Bendera PAS berwarna hitam tanda protes terhadap calon di Baling ?

Bendera PAS berwarna hitam tanda protes terhadap calon di Baling ?




Kain rentang hitam berlogo parti Pas yang dipasang di kawasan sekitar dekat sini sebenarnya bukan tanda protes tetapi sekadar kain rentang biasa dinaikkan penyokong parti.

Terdapat dakwaan mengatakan kain rentang itu merupakan tanda protes oleh penyokong parti berikutan pencalonan muka baru mewakili Parlimen Baling.

Kain rentang yang mempunyai lambang bulan dan tanda pangkah dikatakan dinaikkan oleh kumpulan tertentu yang mewakili pemimpin setempat di daerah ini.

Namun, dakwaan ini dinafikan Jawatankuasa Pas Baling, Md Zuki Yusof yang mengatakan kain rentang itu hanya kain rentang biasa.

Menurutnya, isu protes ini sengaja dimainkan pihak tertentu bagi menimbulkan kecelaruan dalam kalangan penyokong parti.

“Memang banyak kain rentang ini. Memang berwarna hitam. Tujuannya bagi memastikan rakyat Baling menyokong Pas, bukannya tanda protes dari pihak tertentu,” katanya kepada Sinar Harian.

Sementara itu, pengikut seorang pemimpin setempat turut menyangkal dakwaan bahawa kain rentang itu merupakan tanda protes.

Katanya, walaupun terdapat percanggahan dalam pemilihan calon, pihaknya tidak pernah membuat protes terhadap Pas Baling.

“Perkara ini sengaja dimainkan oleh pihak tertentu untuk mengeruhkan lagi keadaan. Mungkin ada yang keliru terhadap kain rentang ini yang berwarna hitam.

Disebabkan itu, mereka membuat andaian sebegini,” katanya.
Share this post :

+ comments + 2 comments

org baling
April 18, 2013 at 8:38 PM

nak kalah dah.... tu xcukup duit...dakwat hitam putih murah.

Anonymous
April 23, 2013 at 8:03 PM

nak bagi senang ngatlah kat keras undi kan hitam mana ada hijau

Post a Comment

 

Copyright © 2012. MyPenangOnline - All Rights Reserved

Proudly powered by Blogger