Headlines News :
Home » » TAKLIMAT GST BANTU KEPIMPINAN UMNO PERMATANG PAUH JAWAB PUTAR BELIT PEMBANGKANG

TAKLIMAT GST BANTU KEPIMPINAN UMNO PERMATANG PAUH JAWAB PUTAR BELIT PEMBANGKANG




PERMATANG PAUH -  UMNO Bahagian Permatang Pauh  hari ini  telah mengambil langkah proaktif bagi   menambah pengetahuan  mengenai cukai barangan dan perkhidmatan (GST) yang akan dilaksanakan oleh kerajaan kepada semua lapisan masyarakat sekitar parlimen ini .Ia dihadiri oleh kepimpinan  UMNO Bahagian & AJK   3 Sayap parti  serta  semua Pengerusi JKKKP dalam Parlimen Permatang Pauh .

Ketuanya, Mohd Zaidi Hj Mohd Said  berkata, kempen penerangan itu bertujuan memberi pemahaman & pengetahuan   mengenai tindakan kerajaan memperkenalkan cukai berkenaan yang dijadualkan bermula 1 April 2015.

Beliau yang juga Pengawai Khas Kementerian Pertanian & Industri Asas Tani  berkata, pemahaman itu sangat penting kerana dasar mengenai GST masih baharu di negara ini walaupun telah dilaksanakan di lebih 160 negara di dunia.

Menurut beliau ,  pihak pembangkang  telah  memanipulasi  fikiran masyarakat dengan membuat pelbagai dakwaan dan tohmahan  tidak benar mengenai GST  hingga menjejaskan imej kerajaan .

Taklimat GST itu disampaikan Penolong Kanan Pengarah Kastam Puan Suzana Sarif . 

Yang turut hadir Naib  Ketua UMNO Bahagian Permatang Pauh Aziz Sheikh Ahmad ,  Ketua Pemuda UMNO Bahagian,  Abu Bakar Sidekh Zainul Abidin , Ketua Wanita UMNO Bahagian, Rosni Salleh & Ketua Puteri Bahagian Cik Nur Syazana Bt Soberi -MY PENANG ONLINE-









Share this post :

Post a Comment

 

Copyright © 2012. MyPenangOnline - All Rights Reserved

Proudly powered by Blogger