Headlines News :
Home » » PRK KAJANG : PKR HANYA GHAIRAH BERPOLITIK , KHIANATI KEPERCAYAAN RAKYAT

PRK KAJANG : PKR HANYA GHAIRAH BERPOLITIK , KHIANATI KEPERCAYAAN RAKYAT



KEPALA BATAS 6 Feb. - Bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi menyelar sikap pakatan pembangkang yang ghairah berpolitik sehingga mengkhianati kepercayaan yang diberikan rakyat.

Abdullah berkata, tindakan pakatan pembangkang terutamanya Parti Keadilan Rakyat (PKR) sehingga menyebabkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) terpaksa mengumumkan satu lagi Pilihan Raya Kecil (PRK) tidak seharusnya berlaku kerana ia menyusahkan rakyat.
"Sepatutnya tidak perlu PRK Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang kerana pengundi di kawasan berkenaan telah buat keputusan dalam Pilihan Raya Umum yang baharu sahaja berlangsung Mei tahun lalu.

"Wakil rakyat yang dipilih itu sepatutnya laksanakan tanggungjawab dengan baik dan bukannya letak jawatan," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas melawat Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) Paya Keladi di sini hari ini.

Yang turut hadir, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pinang Tunggal, Datuk Roslan Saidin dan Pengarah Mardi negeri, Azmi Abd. Razak.

Abdullah mengulas tindakan ADUN Kajang, Lee Chin Cheh meletakkan jawatan pada 27 Januari lalu bagi memberi laluan kepada Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding di kerusi berkenaan.

Semalam, SPR memaklumkan PRK Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang akan diadakan pada 23 Mac ini dengan penamaan calon ditetapkan pada 11 Mac.
Mengulas lanjut, Abdullah menyifatkan keputusan PKR itu sebagai permainan politik dan menyusahkan pelbagai pihak.
"Ia buang masa, tenaga dan duit rakyat kerana jutaan ringgit terpaksa dibelanjakan untuk proses PRK berkenaan," katanya.

Share this post :

Post a Comment

 

Copyright © 2012. MyPenangOnline - All Rights Reserved

Proudly powered by Blogger