KEPALA BATAS - Dua nelayan cedera parah selepas enjin bot yang cuba dihidupkan meletup dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi di pantai Kuala Muda, kelmarin.
Seorang mangsa, Muhammad Hazeel Abu Bakar, 35, berkata, menjadi rutin dia dan Mohd Izrani Othman, 23, turun ke laut setiap hari bersama untuk menangkap ikan.
“Bagaimanapun enjin meletup ketika kami cuba mengalihkan bot itu ke pangkalan jeti Kuala Muda yang terletak kira-kira 500 meter dari pesisiran pantai.
“Letupan itu menyebabkan kami berdua melambung setinggi kira-kira lima meter sebelum saya terjatuh ke dalam bot semula manakala Mohd Izrani tercampak ke bot sebelah,” katanya kepada Sinar Harian.
Kedua-duanya melecur di muka dan patah kaki dan Muhammad Hazeel dirawat di Hospital Seberang Jaya (HSJ) manakala Mohd Izrani dirujuk ke Hospital Pulau Pinang (HPP) kerana melecur teruk.
Muhammad Hazeel yang masih bujang berkata, letupan itu menyebabkan tapak kaki kirinya hancur manakala kaki kanannya patah dan beberapa bahagian tubuhnya turut lebam.
Muhammad Hazeel yang masih bujang berkata, letupan itu menyebabkan tapak kaki kirinya hancur manakala kaki kanannya patah dan beberapa bahagian tubuhnya turut lebam.
Katanya, kejadian berlaku dalam sekelip mata dan mungkin puncanya disebabkan percikan api pada bateri sebelum menyambar tangki petrol pada bot terbabit.
“Saya sudah enam tahun bekerja sebagai nelayan dan inilah punca utama pendapatan untuk membantu menyara keluarga.
“Saya takkan serik untuk turun ke laut lagi walaupun dilanda dugaan seperti ini,” katanya.
Sementara itu, Ahli Parlimen Kepala Batas, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican turut melawat Muhammad Hazeel di HSJ dan menyerahkan sumbangan untuk meringankan beban

+ comments + 1 comments
Lim guan eng tetap akn bina terowong dasar laut !!!ada org umno yg dulu membangkang tpi lepas guan eng bgi sub projek berjuta2 terus diam....apa nak jadi dah...guan eng mkin kaya besama cina2 penang...melayu makin terhakis...
Post a Comment