Headlines News :
Home » » TANGGUHKAN KENAIKAN KADAR TOL , INGAT AKUJANJI MANIFESTO - REEZAL MERICAN

TANGGUHKAN KENAIKAN KADAR TOL , INGAT AKUJANJI MANIFESTO - REEZAL MERICAN

Cadangan kenaikan kadar tol yang dikemukakan kerajaan wajar dikaji semula secara menyeluruh.
Ini kerana kenaikan dalam sahaja kuantum akan menyukarkan rakyat khususnya di dalam bandar dan dalam kalangan mereka yang sentiasa menggunakan laluan bertol.


Ahli Parlimen Kepala Batas, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata,  dalam konteks tol, secara spesifisk BN telah berjanji kepada rakyat di bawah tajuk Pembangunan Infrastruktur Bertaraf Dunia dan pembangunan Luar bandar untuk mengurangkan bayaran tol secara berperingkat.
Saya menaruh keyakinan PM akan melihatnya secara lebih komprehensif kerana beliau sendiri mengumumkan kos sara hidup sebagai agenda utama akujanji,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Dalam masa yang sama, Reezal Merican menyeru  Kementerian Kerja Raya kajian secaa holistic sebelum menandatangani konsesi tol baharu pada makan datang.
“Ia perlu mengambil kira kadar keuntungan bersesuaian kepada syarikat konsesi berkaitan,” jelasnya.
Antara lebuh raya baharu yang dalam peringkat perlaksanaan kini adalah Lebuhraya Damansara-Shah Alam, Lebuhraya Sungai Besi-Ulu Kelang Lebuhraya Kinrara-Damansara dan Lebuh Raya Sungai Dua-Juru.
Kesemua lebuh raya baharu itu, katanya, mempunyai implikasi kewangan harian kepada pengguna bandar baik di Lembah Klang .
“JKR juga perlu umum status kajian penstrukturan kadar tol Besraya, LDP dan NPE. Rakyat wajar diberikan pencerahan mengenai kajian semula ini, apatah lagi aoabila ia dinyatakan secara spesifik dalam pelan Strategik Kementerian Kerja Raya,” jelasnya.
Menurutnya, rasionalisasi subsidi mesti dilakukan secara berhati-hati agar ia tidak membebankan pengguna dalam apa sahaja keadaan.

Beradarkan maklum balas rakyat terbanyak, mereka rasa terbeban dengan apa terbina dengan apa yang berlaku sejak kebelakangan ini.---MalaysiaGazette
Share this post :

Post a Comment

 

Copyright © 2012. MyPenangOnline - All Rights Reserved

Proudly powered by Blogger