Headlines News :
Home » » ZAINAL ABIDIN KEKAL KETUA UMNO BAHAGIAN NIBONG TEBAL

ZAINAL ABIDIN KEKAL KETUA UMNO BAHAGIAN NIBONG TEBAL



BUTTERWORTH 17 Okt. - Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Zainal Abidin Osman hampir pasti mengekalkan jawatan Ketua UMNO Bahagian Nibong Tebal apabila pencabarnya, Datuk Seri Abdul Rashid Abdullah menarik diri pada saat-saat akhir.
Abdul Rashid, 65, yang juga bekas Timbalan Ketua Menteri berkata, beliau menyerahkan surat menarik diri daripada bertanding kepada Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang hari ini.

"Pada 2008 saya menyerahkan jawatan ketua bahagian kepada Zainal Abidin tanpa ada pertandingan.

"Saya rasa keadaan ini sewajarnya dikekalkan demi keutuhan parti," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Pada 21 September lalu, Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang menolak pencalonan Abdul Rashid bersama enam lagi calon lain yang digantung keahliannya atas tuduhan cuba mensabotaj parti pada Pilihan Raya Umum Ke-13.

Walau bagaimanapun, beliau kemudian didapati tidak bersalah oleh Lembaga Disiplin parti.
Abdul Rashid turut melahirkan harapan agar UMNO Bahagian Nibong Tebal di bawah kepemimpinan Zainal Abidin dapat berusaha lebih gigih bagi memastikan Barisan Nasional (BN) merampas semula Parlimen Nibong Tebal daripada pembangkang pada Pilihan Raya Umum Ke-14 nanti.

Share this post :

+ comments + 2 comments

November 7, 2013 at 11:03 PM

Open Ceremony
Friday, November 15 at 10:00am
D'Qaseh Spa N Beauty in Pulau Pinang
50 pelanggan yang pertama akan mendapat diskaun sebanyak 30%
- 40% kepada Puteri Umno Parit Buntar.... Kita satu rumpun....Silalah ke Muslimah D'Qaseh Spa N Beauty Kami

www.dqasehspa.tk

November 7, 2013 at 11:03 PM

Open Ceremony
Friday, November 15 at 10:00am
D'Qaseh Spa N Beauty in Pulau Pinang
50 pelanggan yang pertama akan mendapat diskaun sebanyak 30%
- 40% kepada Puteri Umno Parit Buntar.... Kita satu rumpun....Silalah ke Muslimah D'Qaseh Spa N Beauty Kami

www.dqasehspa.tk

Post a Comment

 

Copyright © 2012. MyPenangOnline - All Rights Reserved

Proudly powered by Blogger