Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang yakin beberapa strategi yang diatur parti-parti komponennya mampu merampas kembali negeri ini daripada pentadbiran DAP pada pilihan raya umum ke-13 nanti.
Setiausaha BN Pulau Pinang Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya berkata ketika ini semua jentera parti sedang giat mengadakan program turun padang mendekatkan diri dengan masyarakat setempat.
"Aktiviti kemasyarakatan sedia ada seperti tinjauan mesra memang dilakukan dan dengan beberapa strategi lain yang telah diatur juga dijangka mampu mengembalikan Pulau Pinang kepada BN," katanya kepada Bernama.
Dr Hilmi, yang juga ADUN Teluk Bahang, bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai strategi BN untuk merampas kembali Pulau Pinang pada pilihan raya umum ke-13 kelak.
"Tunggulah dulu, sampai masanya nanti kita (BN) akan beritahu... kita tidak boleh terburu-buru dan terlalu teruja," katanya.
Dr Hilmi menegaskan tugas mendampingi dan mendekati rakyat perlu diteruskan kerana ia telah menjadi amalan para pemimpin BN sejak dulu lagi kerana itulah peluang terbaik wakil rakyat untuk mengetahui masalah dihadapi rakyat setempat.
Selain itu, katanya bagi menangani isu-isu semasa yang sering diputar-belit pembangkang, BN negeri juga kini giat mengadakan program-program penerangan yang memberi fokus kepada kumpulan-kumpulan sasar.
Beliau berkata selain risalah dan ceramah, media baru turut digunakan termasuk blog dan khidmat pesanan ringkas (SMS) bagi memastikan penyampaian maklumat dapat dibuat secara menyeluruh.
Ditanya sama ada beliau berminat untuk merampas kembali kerusi Parlimen Balik Pulau yang pernah disandangnya sebelum pilihan raya umum ke-12, Dr Hilmi berkata beliau menyerahkan perkara itu kepada pucuk pimpinan parti.
"Terpulang kepada pucuk pimpinan, sekiranya khidmat saya diperlukan di peringkat Parlimen... saya tiada halangan," katanya tersenyum.
- Bernama
Apakah Kewujudan Jho Low Sudah Di Anggap Hearsay?
-
Apakah Kewujudan Jho Low Sudah Di Anggap Hearsay? Menteri Dalam Negeri,
Saifuddin Nasution pernah berkata, kerajaan yang ada sekarang tidak lagi
fokus ...
9 hours ago
+ comments + 2 comments
Boleh caya ka komponen lain sokong BN?....
teruskanlah usaha jika mahukan kemenangan..
Post a Comment