Headlines News :
Home » » BALJIT TANDNG PENGERUSI GERAKAN P.PINANG UNTUK UBAH KELESUAN PARTI

BALJIT TANDNG PENGERUSI GERAKAN P.PINANG UNTUK UBAH KELESUAN PARTI



PULAU PINANG 9 Sept. - Ketua Biro Undang-undang dan Hak Asasi Manusia Gerakan negeri, Baljit Singh (gambar) membuat keputusan bertanding kerusi Pengerusi negeri kerana mahu membawa perubahan kepada parti di samping memberi isyarat bahawa Gerakan terbentuk berdasarkan keahlian berbilang kaum.

Baljit yang menarik perhatian ramai kerana keberaniannya mencabar Teng Chang Yeow yang dianggap calon popular berkata, keputusannya itu boleh dianggap sebagai satu titik permulaan kepada perubahan parti yang dilihat lesu sejak kebelakangan ini.

“Saya tidak keseorangan dalam membuat keputusan ini sebaliknya datang bersama sebuah pasukan yang saya percaya, kami mampu membawa parti ke tahap lebih baik.

“Keputusan ini serius dan bukan main-main. Saya tidak boleh duduk diam dan mengatakan ingin melakukan perubahan tanpa melakukan apa-apa dan keputusan untuk bertanding ini adalah satu langkah permulaan," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.


Share this post :

Post a Comment

 

Copyright © 2012. MyPenangOnline - All Rights Reserved

Proudly powered by Blogger