Headlines News :
Home » » ZAINAL ABIDIN OSMAN KEKAL PENGERUSI PERHUBUNGAN UMNO P.PINANG

ZAINAL ABIDIN OSMAN KEKAL PENGERUSI PERHUBUNGAN UMNO P.PINANG



KUALA LUMPUR - Presiden Umno Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan pelantikan enam pengerusi baharu Badan Perhubungan Umno Negeri iaitu Perlis, Kedah, Selangor, Wilayah Persekutuan, Melaka dan Johor.

Pelantikan dan pengumuman Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri dan Timbalannya diputuskan pada mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) parti itu, katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat itu di sini hari ini.

Selain itu, beliau berkata MT bersetuju supaya pentadbiran Umno bahagian Sungai Petani dan Padang Serai di Kedah dikembalikan semula kepada pentadbiran Umno bahagian masing-masing.

Keputusan itu berikutan permohonan Badan Perhubungan Umno Kedah supaya pengurusan pentadbiran bahagian Sungai Petani diserahkan semula kepada ketuanya, Ali Yahya manakala Padang Serai kepada pemangku ketua bahagian, Halim Hassan.

Bahagian Sungai Petani berdepan masalah dalaman sejak 2010 manakala Padang Serai mulai awal tahun lepas, menyebabkan pentadbiran kedua-duanya diambil alih badan perhubungan negeri.

Berikut senarai Pengerusi dan Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri:

PERLIS:

Pengerusi - Datuk Seri Shahidan Kassim
Timbalan  - Azlan Man

KEDAH:

Pengerusi - Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir
Timbalan  - Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah

KELANTAN:

Pengerusi  - Datuk Seri Mustapa Mohamed
Timbalan   - Datuk Dr Awang Adek Hussain

TERENGGANU:

Pengerusi  - Datuk Seri Ahmad Said
Timbalan   - Datuk Seri Idris Jusoh

PULAU PINANG:

Pengerusi  - Datuk Zainal Abidin Osman
Timbalan   - Datuk Seri Dr Hilmi Yahya

PERAK:

Pengerusi  - Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir
Timbalan   - Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah

PAHANG:

Pengerusi  - Datuk Seri Adnan Yaakob
Timbalan   - Datuk Mohd Shakar Shamsudin

SELANGOR:

Pengerusi  - Datuk Seri Noh Omar
Timbalan   - Abdul Shukor Idrus

WILAYAH PERSEKUTUAN:

Pengerusi - Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor
Timbalan  - Datuk Seri Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin

NEGERI SEMBILAN:

Pengerusi - Datuk Seri Mohamad Hasan
Timbalan  - Datuk Seri Shaziman Abu Mansor

MELAKA:

Pengerusi - Datuk Idris Haron
Timbalan  - Datuk Ahmad Hamzah

JOHOR:

Pengerusi - Datuk Seri Mohamad Khaled Nordin
Timbalan  - Datuk Dr Abdul Latif Ahmad

SABAH:

Pengerusi - Datuk Seri Aman Musa
Timbalan  - Datuk Seri Salleh Said Keruak

- Bernama
Share this post :

Post a Comment

 

Copyright © 2012. MyPenangOnline - All Rights Reserved

Proudly powered by Blogger