Headlines News :
Home » » PROJEK ZON INDUSTRI AKUAKULUR ( ZIA) PENAGA MASIH DALAM KAJIAN EIA - DR AFIF

PROJEK ZON INDUSTRI AKUAKULUR ( ZIA) PENAGA MASIH DALAM KAJIAN EIA - DR AFIF





Kenyataan Media : Menyangkal Dakwaan Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP), S.M. Mohamed Idris menyatakan Projek Kerajaan Negeri Pulau Pinang ancam 1,000 nelayan

Merujuk kepada kenyataan Presiden CAP, S.M. Mohamed Idris melalui Utasan Malaysia bertarikh 17 Julai 2013, merupakan kenyataan yang tidak berasaskan fakta. Projek akuakultur yang dinamakan ZIA (Zon Industri Akuakultur) Penaga masih dalam peringkat perancangan dan belum beroperasi lagi.

Perkara yang ditimbulkan berkenaan rezeki nelayan di Penaga akan terjejas dan tangkapan mereka akan merosot lebih 50 peratus jika projek akuakultur dilaksanakan adalah kenyataan tanpa asas. Kerajaan Pulau Pinang sendiri sedang menantikan Laporan Kajian Penilaian Kesan Alam Sekeliling (EIA) yang akan dibiaya sendiri oleh Persatuan Akuakultur Pulau Pinang (Penkua).

Kerajaan Pulau Pinang memberi jaminan, sekiranya kajian EIA menunjukkan projek ZIA memberikan kesan buruk ke atas alam sekitar, kerajaan negeri sendiri akan membatalkan projek ini.

Projek ZIA Penaga dengan zon penampan 200 meter dari pantai, 30 meter dari penempatan dan 20 meter dari sungai akan dilaksanakan secara bersepadu, dimana setiap peserta perlu mematuhi syarat dan peraturan yang ditetapkan dan bersepakat untuk memenuhi syarat atau keperluan yang ditetapkan seperti penjagaan alam sekitar, kawalan penyakit, penjagaan kualiti air, pemasaran dan sebagainya.

Projek ZIA di Penaga merupakan projek yang pertama di negara ini yang memerlukan kelulusan EIA. Sekiranya projek ZIA berjaya dilaksanakan, ia akan menjadi modal contoh untuk negeri-negeri lain.

Jabatan Perikanan akan meletakkan syarat kepada setiap peserta untuk mematuhi Skim Persijilan Ladang Akuakultur Malaysia (SPLAM). SPLAM merangkumi sistem amalan akuakultur yang baik termasuk kolam rawatan dan kolam takungan.

Sekian, terima kasih

YB Dr Afif bin Bahardin
Exco Pertanian dan Industri Asas Tani, Pembangunan Desa dan Kesihatan
Merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Seberang Jay
Share this post :

Post a Comment

 

Copyright © 2012. MyPenangOnline - All Rights Reserved

Proudly powered by Blogger