Headlines News :
Home » » MUHYIDDIN MENGETUAI JENTERA BN PRK KUALA BESUT

MUHYIDDIN MENGETUAI JENTERA BN PRK KUALA BESUT




KUALA LUMPUR – Timbalan Pengerusi BN, Tan Sri Muhyiddin Yassin dilantik sebagai Ketua Pengarah Pilihan Raya Raya di Dun Kuala Besut bagi mempertahankan kerusi itu pada pilihan raya kecil kelak.
Perkara itu disahkan sendiri oleh beliau kepada pemberita, hari ini.
Menurut Muhyiddin, Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Tun Razak sudah memaklumkan kepada beliau berhubung perkara itu sebelum berangkat ke luar negara.
“Kita (BN) sudah sedia untuk menghadapi PRK itu, PM pun telah putuskan dengan melantik saya untuk mengepalai jentera BN di Kuala Besut,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Mengenai Pekerja Asing dan Pendatang Asing tanpa izin di bangunan Parlimen, di sini.
Beliau berkata demikian ketika ditanya pemberita tentang persediaan BN bagi menghadapi PRK Dun Kuala Besut ekoran kematian penyandangnya, Datuk A.Rahman Mokhtar, Rabu lalu.
Dalam pada itu, jelas Muhyiddin, beliau akan dibantu oleh Datuk Seri Idris Jusoh sebagai Timbalan Ketua Pengarah Pilihan Raya Dun itu bagi mempertahankan kerusi berkenaan.
“Saya harap dengan bantuan beliau (Datuk Idris Jusoh), BN boleh menang dan kekal di sana,” jelasnya
Tambah Muhyiddin, berdasarkan kekuatan dan pengalaman Idris sebagai bekas Menteri Besar Terengganu, beliau mampu menyumbang kemenangan besar kepada BN pada pilihan raya itu nanti.
Share this post :

Post a Comment

 

Copyright © 2012. MyPenangOnline - All Rights Reserved

Proudly powered by Blogger