Headlines News :
Home » » KDN DIGESA BERTINDAK PIHAK HINA YDP AGONG

KDN DIGESA BERTINDAK PIHAK HINA YDP AGONG



BUKIT MERTAJAM 3 Jun - Kementerian Dalam Negeri digesa bertindak tegas terhadap mana-mana pihak yang menghina Yang di-Pertuan Agong di laman sosial Facebook atau laman sosial lain demi menjaga kesucian institusi beraja.

Setiausaha Pemuda UMNO Pulau Pinang, Mohamad Fauzi Shariff berkata, tindakan menghina titah ucapan Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah sempena Hari Keputeraan Baginda yang disiarkan di Radio Televisyen Malaysia (RTM) tidak boleh diterima sebagai sesuatu yang biasa dan menjadi ikutan rakyat Malaysia.

"Apa yang dipaparkan di Facebook yang menghina titah ucapan baginda itu patut diberi perhatian serius dan tindakan tegas harus diambil terhadap mereka.

"Tindakan itu bukan sahaja kepada mereka yang menulis tetapi juga mereka yang memberi komen keterlaluan terhadap baginda," katanya yang juga Ketua Pemuda UMNO Bahagian Bukit Mertajam selepas membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Tengah, di sini hari ini.
Laporan polis sama turut dibuat Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Bagan di Balai Polis Butterworth pagi ini.

Mohamad Fauzi seterusnya menyifatkan tindakan sekumpulan pengguna Facebook terlibat dianggap biadab apabila mempertikaikan kesucian institusi beraja di negara ini.

Oleh itu jelasnya, tindakan tegas perlu diambil sebagai pengajaran kepada orang lain agar tidak sewenang-wenangnya membuat komen di laman sosial yang menyentuh sensitiviti mana-mana pihak.

Share this post :

Post a Comment

 

Copyright © 2012. MyPenangOnline - All Rights Reserved

Proudly powered by Blogger