Headlines News :
Home » » KEPUTUSAN MAJORITI UNDI ANWAR MEROSOT DI PERMATANG PAUH

KEPUTUSAN MAJORITI UNDI ANWAR MEROSOT DI PERMATANG PAUH




PERMATANG PAUH : Keputusan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) menyaksikan majoriti undi Parti Keadilan Rakyat (PKR) merosot meskipun berjaya menambah empat lagi kerusi Parlimen menjadikan 30 kesemuanya berbanding 26 kerusi pada pilihan raya umum 2008.

Pertambahan empat kerusi itu diperoleh daripada Batu Pahat, Johor, Bukit Katil di Melaka, Penampang di Sabah serta Miri di Sarawak.



KEPUTUSAN RASMI P.044 PARLIMEN PERMATANG PAUH

1. Dr. Mazlan Ismail (BN) -  25,369 undi 
2. Datuk Seri Anwar Ibrahim (PKR) -37,090 undi 
3. Dr. Abdullah Zawawi Samsudin (Bebas) - 201 undi 

 Majoriti : 11, 721 



Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim meskipun dapat mengekalkan kubu kuatnya Permatang Pauh, tetapi pilihan raya umum kali ini menyaksikan sokongan terhadap beliau merosot apabila meraih majoriti 11,721 undi berbanding pilihan raya kecil 2008 dengan majoriti 15,671 undi.

Turut tidak terkecuali anak Anwar, Nurul Izzah dan Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali yang memperoleh undi yang merosot walaupun dapat mempertahankan kerusi Parlimen Lembah Pantai dan Gombak.

Nurul Izzah memperoleh majoriti tipis 1,847 undi mengalahkan Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar Datuk Raja Nong Chik Zainal Abidin berbanding PRU 2008 dengan majoriti 2,895 undi.

Mohamed Azmin pula memperoleh majoriti 4,734 undi daripada 6,867 undi yang diperolehnya pada PRU 2008.

Share this post :

Post a Comment

 

Copyright © 2012. MyPenangOnline - All Rights Reserved

Proudly powered by Blogger