Headlines News :
Home » » DAP dah menang besar di P.Pinang , tak perlu fail petisyen keputusan PRU13

DAP dah menang besar di P.Pinang , tak perlu fail petisyen keputusan PRU13




GEORGETOWN - DAP Pulau Pinang tidak berhasrat untuk menfailkan petisyen berhubung keputusan PRU13 baru-baru ini.

Pengerusinya, Chow Kon Yeow berkata, sehingga kini ia tidak menerima sebarang laporan atau  bukti mengenai kepincangan yang berlaku sepanjang proses pilihan raya untuk membolehkannya membuat petisyen

Selain itu, faktor kemenangan besar DAP di Pulau Pinang pada PRU13 juga memberi kepuasan kepada parti itu untuk terus kekal menerajui kerajaan negeri bagi penggal kedua sejak 2008.

"Semua kerusi yang DAP tandingi memperolehi kemenangan besar dan saya belum terima sebarang laporan yang membolehkan kita kemukakan petisyen.

"Bagaimanapun, DAP menyokong tindakan PKR untuk menfailkan petisyen mengenai kemenangan tipis BN yang meragukan bagi kerusi parlimen Balik Pulau dan tiga kerusi Dun," katanya ketika ditemui media selepas merasmikan pembukaan sebuah syarikat pengurusan kredit, SK iWealth Sdn Bhd, di sini semalam.

Turut hadir, Ahli Parlimen Tanjung, Ng Wei Aik dan Adun Tanjung Bungah, Teh Yee Cheu.
Share this post :

Post a Comment

 

Copyright © 2012. MyPenangOnline - All Rights Reserved

Proudly powered by Blogger