KUALA LUMPUR 23 Mei - Barisan Nasional (BN) sedang mengkaji untuk memfail petisyen atau bantahan terhadap keputusan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) yang berlangsung 5 Mei lepas.
Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, panel peguam parti sedang meneliti perkara terbabit.
"Kita sedang lihat kesemua kawasan yang kita menang dan kalah tipis," katanya ketika dihubungi hari ini.
Semalam, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mewartakan keputusan rasmi PRU13.
Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata, berikutan pewartaan itu calon dan parti politik yang tidak berpuas hati dengan keputusan mempunyai tempoh 21 hari untuk memfailkan petisyen atau bantahan.
Petisyen boleh difailkan di Mahkamah Tinggi mengikut negeri masing-masing. - BERNAMA
Post a Comment