Ketua pembangkang Datuk Azhar Ibrahim akan dibenarkan semula menghadiri persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang pada 29 April ini setelah tempoh penggantungannya selama enam bulan berakhir bulan lepas.
Azhar dikenakan tindakan penggantungan enam bulan setelah Jawatankuasa Hak dan Kebebasan DUN mendapati anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Penaga itu melanggar peraturan berikutan mengeluarkan kata-kata berbau hasutan ketika berlaku pertikaman lidah dengan Ketua Menteri Lim Guan Eng pada sidang DUN Mei lepas.
Speaker DUN Datuk Abdul Halim Hussain berkata sidang DUN kali ini dijadual berlangsung selama lima hari selepas majlis perasmian disempurnakan oleh Yang Dipertua Negeri Tun Abdul Rahman Abbas Jumaat ini.
"Selepas majlis perasmian itu, sidang DUN ditangguh dan akan disambung pada hari Selasa iaitu pada 3 Mei ekoran hari Isnin adalah cuti gantian hari kelepasan am sempena Hari Pekerja," katanya kepada Bernama di George Town hari ini.
--Bernama
Gambar Hadi Dalam Slaid Khutbah Jumaat Di Melaka, Adakah Di Sengajakan?
-
Gambar Hadi Dalam Slaid Khutbah Jumaat Di Melaka, Adakah Di Sengajakan?
Khutbah Jumaat di semua masjid di Melaka pada 20 September lalu mencetuskan
kon...
7 hours ago
Post a Comment