Headlines News :
Home » » PAS letak calon di Sg Acheh sebab yakin boleh menang bukannya Chegubard #PRU13 #PG13

PAS letak calon di Sg Acheh sebab yakin boleh menang bukannya Chegubard #PRU13 #PG13




KEPALA BATAS - Pas Pulau Pinang mengumumkan akan bertanding di dua kerusi Parlimen dan enam kerusi Dun termasuk Sungai Acheh yang turut ditandingi PKR.

Pesuruhjaya Pas negeri, Datuk Mohd Salleh Man ketika mengumumkan calon parti itu di sini malam tadi berkata, Pas tetap meletak calonnya Ketua Dewan Pemuda Pas negeri Yusni Md Piah di kerusi Sungai Acheh kerana yakin dapat menarik sokongan pengundi yang majoritinya Melayu.

Kelmarin, Pengerusi PKR Pulau Pinang Datuk Mansor Othman mengumumkan Badrul Hisham Shaharin yang lebih dikenali sebagai  Chegubard sebagai calon PKR di Dun itu pada pilihan raya umum kali ini.

Sementara itu, Mohd Salleh berkata beliau akan mempertahankan kerusi Dun Permatang Pasir.

Empat lagi kerusi Dun iaitu Penaga akan ditandingi Roshidi Hussin, Permatang Berangan (Arshad Mohamad Salleh), Sungai Dua  (Zahadi Mohamad) dan Bayan Lepas (Asnah Hashim).

Dua kerusi parlimen iaitu Kepala Batas dan Tasek Gelugor masing-masing akan ditandingi Asnan Hamimi Taib Azamuddin dan bekas tokoh korporat Datuk Seri Abdul Rahman Maidin. - Bernama
Share this post :

Post a Comment

 

Copyright © 2012. MyPenangOnline - All Rights Reserved

Proudly powered by Blogger