pejabat Gerakan di Jalan Macalister diserang individu yang tidak dikenali yang membaling bata sehingga menyebabkan lubang besar pada pintu kacanya.
Insiden itu berlaku pada jam 12.15 tengah hari semalam ketika pemimpin Gerakan dan beberapa kakitangan berada di situ untuk menyerahkan elaun BR1M bernilai RM500 kepada lima penerima.
"Kami terkejut bila dengan bunyi bising yang kuat.
Dua ketul bata dibaling, satu kena pintu dan satu lagi kena pintu kaca," kata Ketua Komunikasi, Penerangan dan Publisiti Gerakan Thor Theong Ghee.
"Lelaki itu sangat berani, dia bahkan datang duduk kira-kira seminit di kawasan menyambut tetamu.
Kakitangan kami berjaya mengambil gambar aksi dan nombor kenderaannya.
Kami buat laporan polis," tambahnya. Mengutuk sikap itu, Thor berkata, motif serangan itu tidak diketahui walaupun tanggapan umum boleh mengaitkannya dengan politik. -UtaraNews
Post a Comment