Dakwaan Azlan Mohd Lazim bahawa anaknya, Saiful Bukhari, telah dipergunakan pihak tertentu untuk mengheret semula Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke penjara, disifatkan sebagai tindakan terdesak.
Ahli Dewan Negara, Senator Ezam Mohd Nor berkata, dakwaan itu mencerminkan usaha pembangkang untuk kepentingan imej Anwar yang selama ini dikaitkan dengan pelbagai kontroversi, termasuk isu konflik di Sabah.
Menurutnya, ini bukan satu kejutan kepada kerajaan dan rakyat sudah dapat membaca perkara berkenaan.
“Apabila timbul isu bapa Saiful, saya tidak terkejut. Apatah lagi yang duduk bersebelahannya pada sidang media tadi (semalam) adalah orang kuat Anwar.
“Saya mengenali siapa Anwar dan saya juga kenal Saiful dan bapanya selepas kes liwat itu. Apa (kenyataan) yang diberikan Azlan itu saya anggap untuk terus menutup kesalahan Anwar,” katanya kepada semalam.
Katanya, bukan sahaja rakyat, malah orang kanan Pakatan Rakyat dilihat sudah tidak meletakkan kepercayaan kepada Anwar.
“Jika benar Anwar itu bersih, sudah pasti namanya disebut-sebut menjadi perdana menteri, tetapi ia masih tiada jawapan. Kerana itu, saya katakan, tindakan itu hanyalah untuk menutup terus cerita yang melibatkan dirinya.
“Nasihat saya kepada Anwar, memandangkan saya kenal siapa dia, kembalilah ke pangkal jalan dan takutlah kepada ALLAH,” katanya.
Post a Comment