Headlines News :
Home » » Sokongan pengundi muda Melayu & India kepada BN meningkat

Sokongan pengundi muda Melayu & India kepada BN meningkat




PULAU PINANG 16 Feb. - Sokongan golongan muda Melayu dan India di Pulau Pinang menunjukkan peningkatan yang drastik terhadap kepimpinan Barisan Nasional (BN) di negeri ini.

Setiausaha BN negeri, Datuk Omar Faudzar berkata, ini kerana sokongan golongan tersebut meningkat sebanyak 80 peratus berbanding dahulu, sekali gus memberikan keyakinan kepada BN untuk menang pada pilihan raya umum akan datang.

Katanya, peningkatan yang mendadak ini membuktikan bahawa penerimaan golongan itu terhadap pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang banyak memberikan insentif kepada golongan belia tanpa mengira fahaman politik.

Selain itu, Omar memberitahu, sentimen semasa pengundi Melayu dan India juga telah menunjukkan penolakan terhadap kerajaan pakatan pembangkang apabila banyak isu yang dimainkan mereka memihak kepada BN.

"Pada 2008 sebilangan besar belia di sini telah terpedaya dengan pelbagai janji kosong pihak pembangkang.
"Bagaimanapun, perubahan berlaku apabila transformasi yang dibawa Perdana Menteri kita terhadap golongan belia demi menegakkan agama, bangsa dan negara berasaskan acuan 1Malaysia yang disokong penuh oleh mereka (belia)," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Fiesta Sukan Pemuda 2013 kawasan Bukit Gelugor di Batu Uban, di sini hari ini.

Pada majlis itu, sebanyak 420 golongan belia hadir sama bagi meraikan fiesta sukan itu sebelum bersiap sedia 'berperang' sebagai jentera menghadapi bahang pilihan raya nanti.

Antara acara yang diselitkan dalam program itu termasuklah pertandingan sepak takraw, badminton serta unit bermotosikal kawasan Parlimen Bukit Gelugor.

Dalam perkembangan lain, Omar turut menjelaskan bahawa beliau tidak akan bertanding dalam pilihan raya umum nanti, malah beliau memberikan ruang kepada golongan muda untuk berkhidmat kepada masyarakat

Share this post :

Post a Comment

 

Copyright © 2012. MyPenangOnline - All Rights Reserved

Proudly powered by Blogger