Headlines News :
Home » » Hanya saya tahu penaja konsert PSY - Teng Chang Yeow

Hanya saya tahu penaja konsert PSY - Teng Chang Yeow


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sudah bersuara bahawa bukan duit rakyat yang digunakan untuk bawa penyanyi terkenal Korea Psy ke Pulau Pinang baru-baru ini.
Pihak pengurusan Psy sendiri buat kenyataan bahawa mereka tidak dibayar langsung oleh kerajaan Malaysia.
Jadi soalnya siapa yang bayar?
Persoalan siapa yang bayar tersebut terlerai hari ini selepas Pengerusi BN Pulau Pinang Teng Chang Yeow dalam sidang media tadi beritahu kedatangan penyanyi tersebut ditaja sepenuhnya oleh penaja persendirian yang tidak mahu namanya dikenali.
Menurutnya, beliau membawa penyanyi yang terkenal dengan lagu Oppa Gangnam Style itu ke Pulau Pinang adalah untuk menunaikan janjinya kepada rakyat negeri tersebut.
"Apa yang saya lakukan adalah untuk memberitahu rakyat Pulau Pinang apa yang saya janji saya akan tunaikan,"katanya.
Jelas Teng, beliau sebenarnya diberi pilihan untuk membawa samada Justin Bieber atau Psy ke Pulau Pinang.
"Saya lebih mengenali Psy, dan saya putuskan untuk bawa dia ke sini,"
Tambah beliau lagi, jika rakyat Pulau Mutiara itu yakin dengan kepimpinannya, tahun depan beliau akan bawa 'superstar' lain ke negeri tersebut dan tidak semestinya ketika Tahun Baru Cina.
Kata Teng, beliau mempunyai kawan yang terlibat dengan industri (hiburan) ini dan mencadangkan untuk bawa Psy dan kehadirannya ditaja sepenuhnya oleh penaja persendirian.
"Ia merupakan tajaan persendirian dan dan tidak mahu dikenali kerana takut jadi 'mangsa' jika identitinya didedahkan,"katanya.
Share this post :

Post a Comment

 

Copyright © 2012. MyPenangOnline - All Rights Reserved

Proudly powered by Blogger