Headlines News :
Home » » Calon BEBAS yang bertanding bukan wakil daripada BN - Zahid

Calon BEBAS yang bertanding bukan wakil daripada BN - Zahid




BAGAN DATOH 5 Feb. - Barisan Nasional (BN) tidak akan menerima mana-mana ahlinya yang bertanding atas tiket Bebas setelah tidak dicalonkan mewakili parti itu dalam pilihan raya umum akan datang.

 Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, ahli BN yang bertindak sedemikian juga tidak akan mendapat sebarang tajaan daripada BN selaras dengan peraturan yang terkandung dalam parti itu.

 "BN akan menamakan calonnya dalam kalangan ahli komponen parti itu dengan simbol BN sahaja untuk bertanding dalam pilihan raya akan datang.

 "Walaupun ada calon-calon bebas yang bertanding, dia bukanlah merupakan wakil rasmi atau tidak rasmi BN. pengundi-pengundi hendaklah memberikan sokongan kepada calon-calon yang mewakili BN sahaja," katanya.
Share this post :

Post a Comment

 

Copyright © 2012. MyPenangOnline - All Rights Reserved

Proudly powered by Blogger