Georgetown: Barisan Nasional (BN) sudah bersedia sepenuhnya menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) pada bila-bila masa, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Timbalan Perdana Menteri berkata, parti gabungan itu kini berada dalam keadaan lebih kuat dan kukuh, malah yakin mampu merampas semula Pulau Pinang.
Katanya, BN menjadi kukuh sejak kepemimpinan Datuk Seri Najib Razak mengilhamkan pelbagai program transformasi yang mengubah persepsi rakyat terhadap BN.
Program transformasi sudah mula menampakkan hasil, sudah mula digeruni pembangkang. Bantuan yang kita beri sudah mula sampai ke akar umbi.
Orang Melayu sudah balik sokong BN, orang India juga begitu hebat menyokong... orang Cina juga begitu... Orang Asli dan Siam juga semakin meningkat... tidak terkecuali juga di Pulau Pinang.
Bagaimanapun, ia bukan tugas mudah (rampas Pulau Pinang) serta memerlukan kerjasama semua pihak untuk bekerja keras dan mengukuhkan perpaduan.
Sementara itu, Muhyiddin membayangkan Pengerusi BN Pulau Pinang, Teng Chang Yeow dilantik Ketua Menteri jika BN merampas negeri berkenaan.
Saya tidak bertujuan membuat pengumuman, tetapi ia menunjukkan BN mempunyai perancangan yang baik namun ia bergantung kepada persetujuan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
Siapa cakap Chang Yeow, 49, tidak boleh. BN mempunyai pemimpin yang layak untuk membawa Pulau Pinang ke arah sebuah negeri yang maju, katanya pada majlis Himpunan Rakyat 1Malaysia Gelombang Biru di Sekolah Menengah Kebangsaan Inderawasih, Prai, dekat sini malam tadi.
Lebih 30,000 rakyat pelbagai kaum menghadiri majlis berkenaa
+ comments + 1 comments
Penang Island is for rich people only. Please save us the poor and middle class from being "ubahkan" ke Seberang Perai! We don;t need the 3rd link to work in Penang Island and go home to Seberang Perai!. We need more affordable homes in Penang Island for the "People of Penang Island!" Help us not to be "diUBAHkan"!
Post a Comment