Headlines News :
Home » » Rumah RM400 ribu hadiah khas DAP kepada rakyat miskin Penang

Rumah RM400 ribu hadiah khas DAP kepada rakyat miskin Penang




 Bekas Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, Professor Datuk Seri Dr. Fairus Khairuddin berkata beliau tidak terkejut jika kerajaan DAP Pulau Pinang meletakkan harga RM400,000 untuk rumah mampu milik kerana sudah menjadi dasar parti itu menekan rakyat bawahan sejak lebih empat tahun lalu.
Malah katanya  sehingga hari ini pun kerajaan DAP itu masih gagal untuk menunjukkan pembinaan rumah kos rendah seperti yang mereka war-warkan.
“Apa yang mereka bela untuk rakyat miskin?  Peniaga kecil, ibu tunggal… habis semua ditekan, rumah, kampung diroboh.  Mana ada satu unitpun rumah kos rendah yang telah mereka bina. Cakap je ada peruntukan, nak bina, dah bina tapi sebenarnya langsung tiada… Rumah mampu milik RM400,000 ini bolehlah dianggap hadiah paling istimewa DAP untuk rakyat miskin di negeri itu.
“Rakyat Pulau Pinang harus buka mata dan sedar bahawa DAP sama sekali tidak boleh dipercayai apatahlagi untuk memerintah. Perintah negeri pun gagal inikan nak bagi kepercayaan untuk perintah negara,” ujarnya kepada UMNO-Online.
Sebenarnya tambah Fairus, DAP hanya mahu menjadikan negeri Pulau Pinang sebagai sebuah negeri untuk golongan elit untuk memenuhi agenda tersendiri mereka.
“Sebab itu dengan menjadikan rumah mampu milik berharga RM400 ribu, mereka akan mampu mengusir golongan bawah  keluar dari negeri ini. Bila kerajaan BN nak bina rumah kos rendah mereka buat pelbagai halangan dan syarat yang tak masuk akal.
“Inilah agenda busuk DAP . Rakyat harus sedar dan jangan terus terpengaruh lagi dengan umpan kata-kata manis mereka. Rakyat hanya dipergunakan untuk merealisasikan impian politik mereka semata,” ujarnya lagi.- MediaUMNO
Share this post :

Post a Comment

 

Copyright © 2012. MyPenangOnline - All Rights Reserved

Proudly powered by Blogger