Headlines News :
Home » » Najib dedahkan sebab pentingnya mandat besar di PRU 13

Najib dedahkan sebab pentingnya mandat besar di PRU 13




Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata hanya dengan mandat yang kuat dari rakyat kepada Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) membolehkan beliau membawa perubahan ke atas parti.

Dalam satu temu bual eksklusif bersama The Malay Mail yang disiarkan hari ini, Najib yang juga Pengerusi BN menekankan bahawa beliau memerlukan mandat besar daripada rakyat jika mahu melakukan pembaharuan ke atas perikatan 13 parti komponen tersebut.

"Jika saya mahu melakukan pembaharuan ke atas parti, saya memerlukan mandat daripada rakyat.
"Tanpa mandat daripada rakyat, macam mana saya boleh melakukan pembaharuan ke atas parti?" katanya.

Najib yang dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia yang keenam awal 2009 susulan pilihan raya umum 2008 berkata, "kami telah memulakan perubahan, tetapi proses perubahan perlu dipertingkatkan."
"... ia seharusnya dalam bentuk yang disepadukan sebagai sebahagian imej politik kami UMNO dan Barisan Nasional.

"Bagi saya menyempurnakan kerja saya, tanggungjawab saya, saya mahukan satu mandat yang kuat daripada rakyat," kata beliau menjawab soalan "bagaimana beliau akan memujuk pengundi-pengundi khususnya di kawasan bandar BN adalah parti yang baru dan sudah berubah, selepas anda memperoleh mandat."

Beliau seterusnya berkata, "dengan mandat yang kuat daripada rakyat, saya boleh kata, 'tengok, rakyat telah bercakap, mereka yakin dengan polisi-polisi yang saya laungkan, dan oleh itu, polisi-polisi itu perlu dilaksanakan, dan UMNO dan BN harus menggambarkan polisi-polisi yang disokong oleh rakyat."

"Bagi saya itu adalah bahagian terakhir perjalanan.

"Dengan mandat ini, saya tahu rakyat percaya dengan polisi-polisi saya dan BN sendiri akan melalui pembaharuan secara total di peringkat akhir untuk mencerminkan kehendak dan aspirasi rakyat," kata Najib yang minggu lalu menyempurnakan Perhimpunan Agung UMNO.

Temu bual ini diadakan selepas berakhir perhimpunan tahunan itu.

Dalam ucapan dasarnya, Najib berkata, pilihan raya umum empat tahun merupakan pengalaman yang "sungguh pahit, sungguh kelat, dalam episod politik Umno dan BN."

Kata beliau, seharusnya UMNO sebagai sebuah parti yang menunjang Kerajaan Persekutuan lebih separuh abad, episod hitam 2008 sepatutnya memahatkan iktibat kepada "kita semua."

"Malah, ia merupakan isyarat jelas rakyat Malaysia kepada UMNO dan rakan-rakan dalam BN untuk berubah, sesuai dengan selera, aspirasi dan jangkaan rakyat," katanya.-7/12/2012
Share this post :

Post a Comment

 

Copyright © 2012. MyPenangOnline - All Rights Reserved

Proudly powered by Blogger