Headlines News :
Home » » JPJ tak peduli , tetap pasang kamera AES di P.Pinang

JPJ tak peduli , tetap pasang kamera AES di P.Pinang




BUKIT MERTAJAM 6 Dis.- Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan memasang 57 Kamera Penguatkuasaan Automatik (AES) di Pulau Pinang walaupun ia mendapat bantahan daripada kerajaan negeri.

Pengarah JPJ negeri, Datuk Hassan Yaccob berkata, daripada jumlah itu, sebanyak 39 kamera akan dipasang di jalan persekutuan dan lebuh raya manakala 18 lagi akan dipasang di kawasan lampu isyarat.

Beliau berkata, sekiranya kerajaan negeri tidak membenarkan pelaksanaan AES di Pulau Pinang, pihak JPJ akan menggunakan alternatif lain bagi memastikan ia dilaksanakan mengikut perancangan.

“Kita tidak mahu berperang dengan mana-mana pihak kerana pelaksanaan sistem perangkap had laju ini dibuat untuk manfaat rakyat dan bukannya untuk kepentingan individu tertentu.

“Kita juga dimaklumkan Ketua Pengarah JPJ sendiri bersedia untuk bertemu dengan wakil kerajaan negeri untuk memberikan gambaran jelas mengenai AES supaya tiada lagi pertikaian akan timbul," katanya kepada pemberita selepas memberikan talimat AES kepada pegawai Jabatan Kerajaan Persekutuan, Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) dan Media di Seberang Jaya di sini hari ini.

Tambah Hassan, sekiranya AES tidak dilaksanakan ia bakal memberi kesan kepada keselamatan pengguna jalan raya di negeri ini.

“Orang ramai tidak perlu khuatir dengan AES kerana ia diwujudkan untuk mengingatkan pengguna jalan raya supaya tidak memandu melebihi kelajuan yang ditetapkan.

“Ini kerana faktor kelajuan telah dikenalpasti menjadi penyumbang 30 peratus kepada kemalangan maut di Malaysia," ujarnya.

Bagaimanapun katanya, pengecualian akan diberikan kepada kenderaan milik kerajaan seperti ambulans, bomba, polis, kastam, dan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia.

Share this post :

Post a Comment

 

Copyright © 2012. MyPenangOnline - All Rights Reserved

Proudly powered by Blogger