Headlines News :
Home » » Isu salun : DAP desak PAS Kelantan kaji semula

Isu salun : DAP desak PAS Kelantan kaji semula




 DAP menggesa kerajaan PAS Kelantan mengkaji semula peraturan melarang pekerja wanita bukan Islam di premis salon uniseks menggunting rambut pelanggan lelaki bukan Islam bagi mengelakkan isu tersebut menjadi senjata politik Barisan Nasional (BN).

Ketua Pemuda DAP, Anthony Loke berkata, walaupun undang-undang kecil itu telah digunapakai kerajaan negeri sejak 20 tahun lalu, namun gesaan itu bertujuan mengelakkan persepsi negatif tentang undang-undang Islam itu yang turut didakwa menekan golongan bukan Islam.

“Pihak DAP minta PAS mengkaji semula undang-undang kecil itu kerana kita tidak mahu memberikan satu persepsi kepada orang bukan Islam bahawa undang-undang Islam itu terpakai kepada orang bukan Islam.

“Jadi sebab itu kerajaan PAS Kelantan perlu mengkaji semula isu ini supaya tidak menjadikan isu ini sebagai senjata politik kepada Barisan Nasional,” kata beliau di ketika ditemui di Parlimen hari ini.

Anthony menambah, pendirian kerajaan negeri itu akan menimbulkan rasa kurang selesa di kalangan orang bukan Islam memandangkan isu cadangan pelaksanaan hukum hudud kini menjadi modal BN untuk menghentam pembangkang.

Malak katanya, jika dilihat dari aspek perniagaan, masyarakat bukan Islam melihat ianya sebagai satu sekatan ke atas pelanggan mereka yang mahu mendapatkan khidmat gunting rambut berkonsepkan salon.

“Saya melihat isu ini akan memberikan sedikit persepsi yang tidak baik kepada masyarakat luar bahawa perniagaan mereka terjejas dan ada sekatan-sekatan dan sukar untuk mereka lakukan aktiviti perniagaan mereka.

“Kita harap akan berunding dengan pihak PAS dan akan memberikan hujah-hujahnya bagi menyelesaikan isu ini,” katanya lagi sambil membayangkan bahawa beliau akan membangkitkan isu tersebut dalam mesyuarat terdekat Pakatan Rakyat yang akan diadakan bila-bila masa sahaja.

Exco Kelantan, Datuk Takiyuddin Hassan dalam satu kenyataan semalam berkata, kerajaan negeri tetap dengan pendirian bahawa orang bukan Islam terikat dengan perundangan Islam selagi mana mereka menetap di negeri itu.

Katanya, peruntukan itu dibuat berdasarkan peruntukan perlembagaan selain hasrat kerajaan negeri untuk memantau aktiviti maksiat di negeri itu.

"Kedai gunting rambut seringkali dilaporkan hanya menjadi topeng perniagaan sahaja di hadapan, tapi di belakang (ia) jalankan perniagaan yang bercanggah dengan undang-undang dan mora
Share this post :

Post a Comment

 

Copyright © 2012. MyPenangOnline - All Rights Reserved

Proudly powered by Blogger