Headlines News :
Home » » Guan Eng takut jawab 40 soalan skandal tanah Taman Manggis

Guan Eng takut jawab 40 soalan skandal tanah Taman Manggis




Ketua Pemuda UMNO Pulau Pinang, Ir Shaik Hussain Mydin mendesak Ketua Menteri negeri itu, Lim Guan Eng agar menjawab 40 soalan berkenaan penjualan tanah rakyat miskin PPR Taman Manggis fasa 2 bersama lima soalan tambahan berkenaan keistimewaan yang diberikan kepada syarikat KLIDC.
Syarikat KLIDC adalah syarikat yang telah diberi kepercayaan oleh kerajaan negeri untuk membina dan mengurus pusat perubatan di atas tanah tersebut.
Malah Shaik Hussain juga melahirkan harapan agar Guan Eng menyaman dirinya berikutan desakan terus menerus berkenaan isu ini.
Guan Eng pernah mengeluarkan kenyataan mahu menyaman saya dan saya amat berharap agar dia saman saya. Sebab itu saya telah menyediakan 40 soalan yang akan saya tanyakan di mahkamah nanti.
“Sekiranya dia tak saman, dia tetap perlu menjawab semua persoalan ini bagi membuktikan dia tidak mempunyai sebagai kepentingan terhadap KLIDC,” ujarnya dalam satu wawancara khas bersama UMNO-Online hari ini.
Di antara persoalan yang perlu di jawab oleh Guan Eng adalah bagaimana tender untuk pembinaan hospital dibenarkan pula membina hotel di atas bangunan hospital itu dan mengapa hanya tiga penender sahaja yang terlibat di dalam proses tender.
Menurut Syaik, pemilihan KLIDC bagi menjalankan pembinaan hospital ini amatlah diragui dan Guan Eng seakan mempunyai kepentingan terhadap syarikat ini.
Ada terlalu banyak keistimewaan yang diperolehi oleh KLIDC di antaranya berkenaan tender tersebut. Bagaimana KLIDC mendapat tender ini, adakah mereka mempunyai pakar didalam pengurusan pembinaan pusat perubatan. Guan Eng tidak mampu jawab sehingga kini.
“Di antara tiga syarikat yang masuk tender, kita telah berjaya membuktikan dua daripada syarikat yang membida tender ini mempunyai kepentingan tertentu dan satu lagi syarikat telah tutup. Ini bermakna tender ini hanyalah sekadar gimik bagi mengaburi mata rakyat.
“Apa yang lebih menjadi kemusykilan adalah bagaimana KLIDC dibenarkan mencagarkan tanah tersebut kepada bank pada harga RM 11.5 juta. Banyak lagi perkara-perkara lain berkenaan KLIDC yang perlu Guan Eng jawab termasuklah 40 soalan yang masih tidak terjawab sehingga kini.
“Guan Eng perlu menjawab semua persoalan ini kerana sekiranya dia enggan menjawab maka jelaslah Guan Eng memang mempunyai kepentingan tertentu terhadap KLIDC. Kita bukan menuduh… sebab itulah kita mahu dia perjelaskan. Sekiranya dia masih tidak jawab maka kita boleh beranggapan dia setujulah dengan apa yang saya kata.
“Sudahlah tidak menjawab isu ini, Guan Eng mencabar pula kita untuk membeli tanah tersebut dan apabila kita setuju untuk membeli, Guan Eng mula panik. Dia terima duit satu persen dari kita secara tunai namun pada masa yang saya Guan Eng telah menerima duit daripada KLIDC sebanyak RM11.5 juta.
“Jelas ini menunjukkan Guan Eng tidak tahu mentadbir negeri dan banyak putar belit. Saya minta Guan Eng jelaskan secepat mungkin kerana isu Taman Manggis adalah isu kepentingan rakyat kerana tanah itu telah digezetkan sebagai rumah kos rendah fasa 2 oleh kerajaan negeri zaman Barisan Nasional (BN) dahulu. Tetapi kita tidak dapat melaksanakan fasa I kerana bajet tak cukup.
“Kita telah tunjukkan minit mesyuarat kepada Guan Eng tetapi dia cakap tak tau. Sebab itu saya berharap agar Guan Eng saman saya seperti yang didakwa olehnya sebelum ini kerana saya akan menjawab segalanya di mahkamah. Sayangnya sehingga hari ini dia masih belum saman saya,” ujarnya.
Beliau turut menyeru agar rakyat membuka mata dan menilai tindakan Guan Eng ini kerana ini bersangkut paut dengan masa hadapan rakyat sendiri. Rakyat akan terus tertindas sekiranya Guan Eng terus diberi kepercayaan untuk mentadbir negeri. - MediaUMNO
Share this post :

Post a Comment

 

Copyright © 2012. MyPenangOnline - All Rights Reserved

Proudly powered by Blogger