Headlines News :
Home » » Air : Guan Eng bantah Kerajaan PAS Kedah mahu kenakan bayaran

Air : Guan Eng bantah Kerajaan PAS Kedah mahu kenakan bayaran




PULAU PINANG 23 Nov. - Kerajaan DAP Pulau Pinang menafikan pernah bersetuju membuat bayaran bagi pembelian air mentah dari Kedah.

Ketua Menteri, Lim Guan Eng berkata, beliau telah menghubungi Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak bagi mendapatkan penjelasan berkenaan Belanjawan 2013 negeri Kedah yang dibentangkan dalam sidang Dewan Undangan (DUN) Selasa lalu yang menyatakan negeri itu akan mendapat anggaran pendapatan kira-kira RM40 juta menerusi urusan jualan air tersebut.

"Setakat ini, tidak ada Exco kerajaan negeri Kedah yang berjumpa dengan saya bagi membincangkan isu pembayaran air.


"Tidak dinafikan ada pegawai daripada Syarikat Air Darul Aman Sdn. Bhd. (SADA) bertemu dengan Pengurus Besar Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP), Jaseni Maidinsa dan Ahli Lembaga Pengarah PBAPP, Mohamad Sabu baru-baru ini, namun tiada sebarang keputusan dibuat," katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar di Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar), di sini hari ini.


Sebelum ini, Azizan ketika membentangkan belanjawan negeri itu pada Selasa lalu memaklumkan pihaknya menjangkakan kutipan hasil Kedah bagi 2013 akan meningkat yang mana turut disumbangkan oleh bayaran jualan air mentah kepada SADA oleh Pulau Pinang.

Guan Eng berkata, kerajaan DAP Pulau Pinang tidak faham bagaimana kerajaan Pas Kedah boleh memaklumkan akan menerima bayaran itu sedangkan tiada sebarang persetujuan berhubung perkara tersebut dicapai.

Share this post :

+ comments + 1 comments

Anonymous
November 24, 2012 at 11:38 PM

Lagi Pas kena..kui kui kui

Post a Comment

 

Copyright © 2012. MyPenangOnline - All Rights Reserved

Proudly powered by Blogger