Headlines News :
Home » » 500 masyarakat India terima sumbangan Deepavali

500 masyarakat India terima sumbangan Deepavali



BUKIT MERTAJAM - Hampir  500  keluarga India diraikan sempena perayaan Deepavali kali ini   apabila menerima  sumbangan barangan dapur dan makanan  sebagai persiapan menyambut perayaan utama agama mereka .

Ketua UMNO Bahagian Permatang Pauh , Dato Abd Jalil Majid  sendiri  mengagihkan sumbangan itu dengan kerjasama Gerakan Belia 4B Permatang Pauh .

 "Sumbangan sempena Deepavali ini bagi membantu meringankan beban keluarga itu termasuk pekerja-pekerja ladang yang miskin dan memerlukan," katanya  selepas mengetuai majlis  menyerah barangan Deepavali di Pejabat UMNO Bahagian Permatang Pauh  .

 Katanya, antara barangan yang dibekalkan ialah beras, minyak, tepung gandum, susu, teh, serbuk rempah, kacang dal dan muruku. Selain itu , beliau juga turut membidas   janji pemimpin PKR yang sebelum ini  berjanji akan memberi sumbangan kepada kaum India di sini .




Share this post :

Post a Comment

 

Copyright © 2012. MyPenangOnline - All Rights Reserved

Proudly powered by Blogger