Sikap kepimpinan DAP yang jelas memperlihatkan sikap keangkuhan dan kesombongan mereka apabila diberi kuasa oleh rakyat menyebabkan parti tersebut disifatkan sebagai parti yang mabuk kuasa yang sanggup berbuat apa saja dan sanggup berbohong demi untuk meraih undi rakyat di negara ini.
Menurut Pengerusi Barisan NGO Negeri Perak, Mohd Salleh Khan Mohd Jaafar, sikap angkuh dan sombong kepimpinan parti tersebut dapat dilihat ketika mereka berjaya menguasai kerajaan negeri Perak sebelum berjaya diambil semula ke tangan Barisan Nasional.
“Kita lihat bagaimana sikap ahli parlimen dan Adun DAP yang bersikap begitu kurang ajar ketika di dalam dewan. Ini bukan cakap-cakap kosong tetapi sikap dan perangai mereka yang jelek itu terakam dan tersebar di dalam video melalui laman Youtube.
“Apakah kepimpinan seperti ini, yang bersikap kurang ajar dan tidak menghormati orang lain layak untuk diberikan kuasa memerintah di negeri atau di negara ini? Hanya beberapa bulan saja mereka memerintah, dewan rakyat sudah jadi huru hara akibat sikap mereka yang langsung tidak profesional dan tidak menghormati undang-undang.
“Saya yakin, sekiranya kepimpinan seperti ini diberikan kuasa, mereka akan bersikap kejam dan zalim terhadap rakyat termasuk dan menganggap golongan yang mengkritik itu sebagai musuh mereka,” tegas beliau kepada UMNO-Online di sini hari ini.
Sebagai contoh menurut beliau lagi, lihat sajalah situasi yang berlaku di negeri Pulau Pinang yang kini di bawah pentadbiran regim DAP.
“Mana dia janji-janji kerajaan DAP yang konon-kononnya prihatin dan ingin membela rakyat miskin di negeri tersebut? Hari ini kita boleh lihat, regim DAP lebih rakus untuk membangunkan kawasan perumahan untuk golongan yang kaya raya dan secara langsung meminggirkan golongan berpendapatan sederhana dan rendah di negeri itu.
“Insiden baru-baru ini di mana sebuah rumah warga emas yang didiami bersama seorang anaknya yang berstatus OKU dirobohkan begitu saja tanpa ada sebarang budi bicara dan belas kasihan. Inikah sikap sebuah kerajaan yang konon-kononnya begitu prihatin terhadap nasib rakyat seperti mana yang mereka laung-laungkan sebelum ini?,” ujarnya lagi.
Tambahnya lagi, sikap DAP yang mempertikaikan UMNO dan Barisan Nasional yang seringkali mereka tuduh sebagai sebuah kerajaan yang mengamalkan kronisme dan nepotisme ternyata hanya untuk menutup tembelang mereka selama ini.
“Mereka tuduh UMNO tetapi mereka sebenarnya yang mengamalkan kronisme. Lihat saja kepimpinan tertinggi DAP yang dikuasai oleh dua buah dinasti, dinasti Lim Kit Siang dan dinasti Karpal Singh. Malah rakan mereka, PKR juga turut mengamalkan sikap kronisme yang serupa apabila Anwar Ibrahim dan keluarga menguasai kepimpinan tertinggi parti tersebut.
“Segala gambaran yang terdedah pada hari isudah cukup jelas untuk kita lihat wajah sebenar DAP dan rakan-rakan sekutunya. Justeru itu saya menyeru agar rakyat di negara ini, khususnya di Perak agar tidak terpengaruh dengan dakyah dan lakonan DAP.
“Cukuplah dengan apa yang sudah berlaku pada hari ini. Saya yakin, sekiranya DAP berjaya menguasai pentadbiran negara, keamanan, keharmonian dan kestabilan negara, termasuk antara kaum pastinya akan terjejas,” tegasnya. -MediaUMN
Post a Comment