Headlines News :
Home » » Padah jika kritik Guan Eng & kerajaan DAP

Padah jika kritik Guan Eng & kerajaan DAP


- Rakyat kini dilihat tidak lagi bebas mengkritik kerajaan DAP Pulau Pinang kerana dikhuatiri mendapat 'pembalasan' daripada Ketua Menteri, Lim Guan Eng. Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang, Datuk Musa Sheikh Fadzir (gambar) berkata, buktinya boleh dilihat sejak kebelakangan ini yang mana mereka yang lantang membantah pentadbiran kerajaan negeri bakal ditimpa 'kesusahan'.

 Sebagai contoh, jelasnya, golongan peniaga kecil Melayu semakin sukar meneruskan operasi kerana dikenakan pelbagai sekatan seperti lesen perniagaan tidak diperbaharui pihak berkuasa tempatan (PBT). "Kita boleh tengok sekarang, sesiapa yang kritik kerajaan negeri akan dikenakan tindakan.

 "Sepatutnya Guan Eng yang sering bercakap soal demokrasi tidak bersikap zalim atau berdendam terhadap mereka yang mengkritiknya," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini. Beliau mengulas tindakan Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) membatalkan lesen perniagaan seorang pengusaha kedai serbaneka di Teluk Bahang di sini, tanpa alasan munasabah.

 Lesen perniagaan kedai itu yang beroperasi sejak 20 tahun lalu dibatalkan MPPP kerana dikatakan sudah lama tidak beroperasi.

 Sementara itu, pengusaha kedai serbaneka tersebut, Nazirah Muhamad, 36, mengakui, kedainya jarang beroperasi pada akhir Julai hingga pertengahan Ogos lalu kerana dia sarat mengandung. Nazirah percaya tindakan itu juga ada kaitan dengan penglibatan suaminya, Mohd. Rizuad Mohd. Aizuddin yang merupakan Ketua Wira Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) negeri yang sering membantah pentadbiran kerajaan DAP Pulau Pinang.

 Musa memberitahu, beliau percaya tindakan MPPP itu dibuat atas arahan pihak atasan. "MPPP mesti berbuat demikian atas arahan, tidak mungkin mereka berani berdasarkan keputusan sendiri," ujarnya.
Share this post :

Post a Comment

 

Copyright © 2012. MyPenangOnline - All Rights Reserved

Proudly powered by Blogger