Headlines News :
Home » » Kerajaan BN baiki 1000 rumah rakyat miskin di Nibong Tebal @dzainalabidin

Kerajaan BN baiki 1000 rumah rakyat miskin di Nibong Tebal @dzainalabidin




Sebanyak 1,000 rumah rakyat miskin di kawasan Parlimen Nibong Tebal akan dibaik pulih mulai November menggunakan sebahagian peruntukan RM2 juta yang diumumkan perdana menteri April lepas, kata Pengerusi Badan Perhubungan Umno Pulau Pinang, Datuk Zainal Abidin Osman Peruntukan RM2 juta yang dinyatakan Datuk Seri Najib Tun Razak itu ialah untuk penyelenggaraan perumahan bertingkat dan mengecat semula 1,800 unit di 10 perumahan pangsa.

 Zainal Abidin yang juga penasihat Kementerian Kemajuan Luar Bandar dannWilayah berkata beliau telah memohon peruntukan itu untuk melaksanakan projek mengecat semula rumah pangsa dan membaiki bumbung serta lantai rumah rakyat miskin di Nibong Tebal.

 Beliau berkata Umno Pulau Pinang dalam pada itu kecewa kerana kerajaan negeri tidak memberikan kerjasama kepada pihak kontraktor untuk menjalankan kerja mengecat di dua rumah pangsa yang di bawah penyelenggaran kerajaan negeri.

 Pihak kontraktor menghadapi pelbagai masalah antaranya tidak dibenarkan menggunakan bekalan air dan peralatan mengecat turut tidak dibenarkan ditinggalkan di kawasan perumahan, katanya kepada pemberita selepas Majlis Pelancaran Program Penyelenggaraan Perumahan Bertingkat di Taman Desa Jawi di Nibong Tebal hari ini.


Share this post :

Post a Comment

 

Copyright © 2012. MyPenangOnline - All Rights Reserved

Proudly powered by Blogger