PULAU PINANG 25 Okt. - Liga Muslim Pulau Pinang mendesak Kerajaan DAP Pulau Pinang supaya memperuntukkan tanah baru bagi pembinaan projek rumah kos rendah di negeri ini.
Presidennya, Datuk Najmudeen Kader berkata, gesaan itu dibuat kerana masyarakat Islam dan golongan berpendapatan rendah di negeri ini semakin terpinggir dengan polisi kerajaan negeri yang lebih mementingkan pemaju yang mengutamakan projek pembinaan rumah mewah.
"Kami mahu kerajaan negeri menyediakan tanah untuk pembinaan
rumah kos rendah bagi kemudahan rakyat berpendapatan rendah di negeri ini membeli dan memiliki rumah sendiri.-UTUSAN-
Post a Comment