Headlines News :
Home » » Ismail Sabri jawab fitnah DAP tentang kos sebuah KR1M

Ismail Sabri jawab fitnah DAP tentang kos sebuah KR1M


KLANG: Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menjelaskan, dakwaan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng bahawa projek pembinaan 57 buah Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) di seluruh negara pada kos RM386 juta adalah sesuatu yang keterlaluan.

 Katanya, peruntukan untuk membina kedai tersebut tidak terhad kepada sekadar membina kedai semata-mata. Sebaliknya terdapat pelbagai lagi kos yang terlibat seperti kos barangan, kos pengangkutan yang kesemuanya ini melibatkan wang, ujar beliau.

 "Oleh yang demikian, seseorang tidak wajar membuat andaian yang kos itu pergi keseluruhannya untuk membina atau mewujudkan kedai semata-mata.

 "Jika dikira betul-betul, kos untuk mewujudkan kedai sahaja akan melibatkan wang sebanyak RM1.5 juta sementara yang lainnya pergi kepada lain-lain perbelanjaan," katanya kepada para pemberita selepas melancarkan Program Bengkel Modenisasi Automotif (Atom) di sini pada Khamis.

 Beliau turut menyindir Lim dengan berkata, setiausaha agung DAP itu patut belajar mengira dengan betul supaya lain kali beliau mendapat fakta yang betul. Lim sebelum ini mendakwa peruntukan untuk projek KR1M sepertimana yang diumumkan pada Bajet 2013 Jumaat lalu adalah agak keterlaluan dengan setiap satu kedai melibatkan kos sebanyak RM6.7 juta sedangkan pada perkiraannya kos setiap kedai sepatutnya tidak melebihi RM470,000.

 Lim mendakwa, peruntukkan tersebut akhirnya masuk ke kantung kontraktor yang dianugerahkan projek mengendalikan kedai tersebut
Share this post :

Post a Comment

 

Copyright © 2012. MyPenangOnline - All Rights Reserved

Proudly powered by Blogger