KUALA LUMPUR, 2 Okt – Pengerusi Biro Penerangan dan Publisiti Barisan Nasional (BN), Datuk Ahmad Maslan meyifatkan Belanjawan 2013 sebagai belanjawan yang menepati pelbagai lapisan masyarakat dan kaum di negara ini.
Menurut beliau pembangkang hari ini tentunya berdukacita dengan bajet tersebut yang rata-rata disambut gembira oleh rakyat yang melihat keperihatinan kerajaan terhadap mereka.
“Tentunya yang berduka adalah pembangkang dan yang gembira adalah rakyat, malah tema belanjawan ‘Memakmur Negara, Mensejahtera Rakyat: Sebuah Janji Ditepati’ amat sesuai dan tentunya bajet ini diterima oleh rakyat.
“Secara keseluruhannya bajet tersebut yang merangkmui 111 ‘touch point’ diagihkan secara adil dan saksama kepada semua lapisan peringkat dan sekaligus akan turut menjana pertumbuhan ekonomi setempat,” katanya.
Beliau berkata demikian selepas mesyuarat bersama Ketua Penerangan parti-parti komponen, di sini, hari ini.
Sambil menyifatkan bajet serambang dua mata, Ahmad Maslan yang juga Ketua Penerangan UMNO seterusnya menambah berbanding belanjawan pembangkang yang merupakan janji fatamorgana, bajet yang dibentangkan oleh Datuk Seri Najib lehih realistik.
“Mereka ini hanyalah janji fatamorgana….Mereka bukannya memerintah pun dan angka yang mereka gunakan pula meragukan, mungkin angkanya itu sedap bunyinya berbanding dengan apa yang dibentangkangkan oleh Datuk Seri Najib, RM251.6 bilion cukup jelas,” katanya.
Mengulas lebih lanjut tentang belanjawan 2013, Ahamd seterusnya memberitahu pemberian tunai menerusi bajet itu bukan hanya membantu rakyat malah akan turut menjana ekonomi setempat.
Dengan memberikan contoh Bantuan Rakyat 1Malaysia (BRIM), wang yang diterima itu sudah tentunya akan dibelanjakan untuk kegunaan penduduk setempat.
“Dan bukankah para peniaga setempat akan turut menerima tempiasnya. Begitu juga satu lagi contoh skim baucer buku para pelajar, tentunya peniaga buku akan menadpat faedahnya.
Gabungan ini tentunya akan merancakkan lagi pertumbuhan ekonomi setempat.
“Maknanya di sini, semua lapisan akan turut merasai nikmat bajet tersebut. Dan jika kita perhalusi secara mendalam pula, semua rakyat akan terima seperti BRIM, Baucer buku, RM100 untuk anak sekolah dan macam-macam lagi,” katanya.
Berhubung pengurangan subsidi gula sebanyak 20 sen, Ahmad menjelaskan sungguh pun subsidi itu dikurangkan, namun kerajaan masih lagi meneruskan pemberian subsidi gula selain pemberian subsidi lain seperti minyak Ron 95, minyak masak, gas memasak, gandum dan macam-macam lagi.
Pada masa yang sama beliau turut memberitahu pihaknya akan membantu kerajaan memberikan pemahaman dan penerangan kepada rakyat bajet 2013 menerusi ceramah dan pelbagai kaedah lain dalam usaha memastikan apa yang ingin dilaksanakan menerusi bajet tersebeut difahami rakyat. – MediaUMNO
RCI Pulau Batu Puteh: Siapa Sebenarnya Yang Menipu?
-
RCI Pulau Batu Puteh: Siapa Sebenarnya Yang Menipu? Tuduh menuduh, tuding
menuding jari antara Dr Mahathir dan 3 bekas menteri kabinet beliau semakin
h...
2 days ago
Post a Comment