Headlines News :
Home » » Arahan pihak atasan ,lesen perniagaan dibatal MPPP - Rizuad

Arahan pihak atasan ,lesen perniagaan dibatal MPPP - Rizuad




GEORGE TOWN - Ketua Wira Perkasa Pulau Pinang Mohd Rizuad Mohd Azudin hari ini mendakwa beliau mengesyaki Ketua Menteri Lim Guan Eng telah mengarahkan Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) membatalkan lesen operasi gerainya di Pasar Teluk Bahang di sini.

 Katanya, alasan yang diberikan untuk pembatalan lesen itu ialah beliau telah tidak menjalankan perniagaan selama sebulan dan beliau telah menjelaskan sebab gerai itu tidak dibuka adalah kerana isterinya sedang sarat mengandung anak keempat mereka.

 "Saya yakin pembatalan lesen itu mempunyai kaitan dengan insiden kekecohan yang berlaku di Teluk Bahang pada 30 Jun lepas yang melibatkan Ketua Menteri dengan penduduk di kawasan itu, dan saya berada di tempat kejadian," katanya kepada pemberita di sini.

 Beliau yang menjalankan perniagaan pakaian dan keperluan harian berkata MPPP telah menolak dua rayuannya dan beliau dimaklumkan pada 25 Sept lepas menerusi sepucuk surat yang menyatakan masih boleh membuat rayuan. Mohd Rizuad berkata beliau membayar sewa gerai pada setiap bulan dan apabila ditanya kenapa rayuannya ditolak, pegawai MPPP cuma menjawab mereka menerima arahan dari "orang atasan".

 Yang Dipertua MPPP Datuk Patahiyah Ismail gagal dihubungi untuk mendapatkan komen beliau mengenai perkara itu. - Bernama
Share this post :

Post a Comment

 

Copyright © 2012. MyPenangOnline - All Rights Reserved

Proudly powered by Blogger