BUTTERWORTH - Umno Pulau Pinang perlu mempertahankan 11 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) serta merealisasikan 'Formula 3-3-3-1' jika Barisan Nasional (BN) mahu merampas semula Pulau Pinang pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13.
Naib Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata Formula 3-3-3-1 ialah Umno Pulau Pinang perlu menambah tiga lagi kerusi dengan 11 yang disandang sekarang, MCA dan Gerakan memperoleh tiga kerusi masing-masing dan satu oleh MIC.
"Jika ini berlaku, kita dapat bentuk kerajaan BN di Pulau Pinang dengan majoriti satu kerusi. Tetapi kalau parti komponen BN negeri bekerja lebih kuat lagi, saya yakin lebih banyak lagi kerusi DUN boleh dirampas di negeri ini," katanya.
Ahmad Zahid, yang juga Menteri Pertahanan, berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri pelancaran program "BN Pilihan Orang Muda' peringkat negeri, di sini, hari ini.
Pada PRU 2008, BN hanya memenangi 11 kerusi DUN daripada 40 kerusi yang dipertandingkan manakala DAP mendominasi dengan 19 kerusi manakala PKR memperoleh sembilan kerusi dan PAS satu kerusi.
Mengulas krisis antara Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng dan Timbalan Ketua Menteri 1 Datuk Mansor Othman, Ahmad Zahid berkata krisis yang berlaku itu disebabkan pemimpin PKR itu mula menyedari partinya hanya diperkudakan oleh DAP.
PKR dan PAS perlu menilai kembali kerjasama yang terjalin dengan DAP kerana kepentingan mereka tidak diambil kira oleh parti itu, katanya.
Krisis antara Lim dan Mansor tercetus ekoran penyiaran rakaman audio yang menunjukkan Pengerusi PKR negeri itu mengkritik Lim sebagai sombong dan angkuh yang disiarkan sebuah stesen televisyen Isnin lalu.
Rakaman audio berkenaan adalah mengenai mesyuarat strategik PKR negeri yang dilaporkan berlangsung April lepas di pejabat parti di Lebuh King, Pulau Pinang.
Mesyuarat itu antara lain membincangkan soal pembahagian kerusi negeri pada PRU ke-13. - Bernama
How I Became An Expert on
-
Service Communication Services If you require to make your employees
interact, or if you are looking for ways to improve performance within your
service, t...
Sampai bila melayu nak terus jadi bangsa pemalas?
-
1. Semasa saya berumur belasan tahun, saya dapat perhatikan keadaan di Alor
Star. Masa itu Negeri-Negeri Melayu sedang dijajah oleh British.
Negeri-Neger...
Kaum Hawa Digesa Teroka Perniagaan Kreatif
-
KUALA LUMPUR – Kaum wanita di negara ini digesa mengambil peluang menceburi
bidang perniagaan kreatif yang mempunyai pasaran luas, kata Penasihat
Pembangun...
Tengok Kabel Politik Siapa Lebih Kuat
-
Baik Sg Besar ataupun Kuala Kangsar, detik semakin hampir untuk menentukan
siapa yang bakal menjadi calon BN dalam PRK kali ini. Macam-macam cerita.
Macam-...
Marquez sambar petak pertama
-
SEPANG 25 Okt. - Penunggang Repsol Honda Team Marc Marquez akan memulakan
perlumbaan di petak pertama esok setelah mencatat masa terpantas dalam
ujian kela...
Post a Comment