Headlines News :
Home » , » Tak mustahil P.Pinang boleh ditawan semula BN - Khairy

Tak mustahil P.Pinang boleh ditawan semula BN - Khairy





BUKIT MERTAJAM 16 Sept. - Pemimpin dan ahli UMNO Pulau Pinang perlu membuang sifat mudah kecewa dalam usaha merampas semula negeri itu pada Pilihan Raya Umum Ke-13. Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin berkata, sifat mudah menyerah kalah sebelum berjuang hanya memberi kelebihan kepada lawan dalam memenangi pilihan raya umum akan datang sekali gus merugikan diri serta parti.

 "Saya harap jangan ada sifat ini di kalangan ahli dan pemimpin UMNO di Pulau Pinang sebelum turun berjuang di medan pilihan raya.

 "Kali ini jangan sangka kita tidak boleh merampas kembali Pulau Pinang daripada DAP kerana tiada siapa mengetahui isi hati pengundi," katanya semasa merasmikan Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Permatang Pauh di sini hari ini.

 Sementara itu, pada sidang akhbar, Khairy menjelaskan, Pemuda UMNO menyokong penuh penubuhan jawatankuasa bagi menyiasat isu sabotaj parti di kalangan ahli UMNO yang dilihat tepat pada masanya.
Share this post :

Post a Comment

 

Copyright © 2012. MyPenangOnline - All Rights Reserved

Proudly powered by Blogger